Buletin

VW GTI ROADSTER, VISION GRAN TURISMO

Pada Festival GTi yang berlangsung di Reifnitz, Austria baru-baru ini, Volkswagen menghapuskan sempadan di antara dunia maya dan nyata apabila memperkenalkan model GTI Roadster, Vision Gran Turismo.   

Autodesk VRED Design 2014 SR1

Ia merupakan jentera yang pada asalnya direka secara CGI untuk permainan Sony PlayStation®3 Gran Turismo 6 (GT6). Convertible dua tempat duduk itu dijana oleh enjin TSI bersesaran 3.0 liter V6 twin-turbocharged yang mampu menghasilkn kuasa sehingga 503hp dan tork 500Nm di antara 4,000-6,00rpm.

Kuasa enjin itu kemudian diagih menggunakan kotak gear DSG tujuh kelajuan ke jalan raya melalui rim aloi bersaiz 20 inci dan sistem pacuan semua roda 4MOTION. Hanya seberat 1,421kg, kereta sport ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 3.5 saat.

VW-GTI-Roadster-Vision-Gran-Turismo-mekanika (11)

GTI Roadster, Vision Gran Turismo merupakan hasil kerjasama di antara Volkswagen dan Sony Computer Entertainment.

“Apabila Sony bertanya adakah kami boleh membangunkan sebuah kenderaan Vision GTI yang eksklusif untuk permainan video sebagai ulang tahun ke-15 Gran Turismo, kami tidak keberatan untuk menunaikannya,” kata Ketua Reka Bentuk Volkswagen, Klaus Bischoff.

VW-GTI-Roadster-Vision-Gran-Turismo-mekanika (9)

Justeru, satu pertandingan dalaman dijalankan dan para pereka muda Volkswagen pun menghantar rekaan masing-masing. Penyertaan tersebut dinilai oleh Bischoff dan Pengarah Polyphony Digital dan naib Presiden Sony Computer Entertainment, Kazunori Yamauchi. Bischoff dan Yamauchi akhirnya memilih dua rekaan yang kemudiannya ditambah baik.

VW-GTI-Roadster-Vision-Gran-Turismo-mekanika (10)

Pereka Malte Hammerbeck dan Domen Rucigaj ditugaskan untuk membangunkan bahagian luaran jentera tersebut. Sementara Guillermo Mignot menghasilkan ruang kabinnya. Keseluruhan proses pembangunannya menggunakan komputer. Malah model 3D kenderaan itu adalah maya.

VW-GTI-Roadster-Vision-Gran-Turismo-mekanika (1)

Ketiga-tiga pereka itu kemudian membentuk pasukan Vision GTI-GT6 bersama sekumpulan pereka bentuk lain. Dalam tempoh beberapa minggu, GTI Roadster, Vision Gran Turismo berjaya disiapkan.

Autodesk VRED Design 2014 SR1

Sony dan Volkswagen mendedahkan versi maya untuk PlayStation®3 pada 26 Mei lalu. Tiga hari kemudian, Volkswagen mempamerkan GTI Roadster pada Festival GTI di Reifnitz sebagai tribute kepada para peminat Golf GTI dan GT6.

VW-GTI-Roadster-Vision-Gran-Turismo-mekanika (8)

Bermula pertengahan bulan ini, para pemain GT6 boleh memuat turun GTI Roadster, Vision Gran Turismo ke dalam PS3 masing-masing.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button