Motosikal

HONDA ZOOMER-X DI THAILAND

Sebagai mana yang kita sedia maklum, Thailand adalah pasaran yang cukup menarik buat peminat motosikal. 

honda-zoomer-x-mekanika (6)

Sama ada motosikal berkuasa kecil atau besar, pengguna di Thailand biasanya akan menjadi antara yang terawal menerimanya di rantau ini. Baru-baru ini, pengedar rasmi motosikal jenama Honda di Thailand, AP Honda memperkenalkan motosikal yang memiliki rekaan rugged, Honda Zoomer-X baharu.

Zoomer-X diperkenalkan dengan konsep “Life Unblocked”. Kalau sempat melayari laman web rasminya, siap ada filem pendek bertajuk Hormones berdurasi enam minit. Kisah ala-ala percintaan budak sekolah gitu.

honda-zoomer-x-mekanika (4)

Pelakon siri drama Hormones, Tor-Thanapob Leeratanakajorn turut dipilih sebagai duta dan hadir sewaktu majlis pelancaran tersebut.

Model itu didatangkan dengan warna baru yang terang dan memang padan dengan rekaan naked, ruang luas di bawah tempat duduk, rim bersaiz 12 inci, penyerap hentak jenis terbalik (upside-down) serta meter X baharu.

honda-zoomer-x-mekanika (2)

Zoomer-X digerakkan oleh enjin bersesaran 110cc dengan teknologi PGM-FI yang telah ditambah baik. Penggunaan bahan apinya adalah sekitar 53km/liter berdasarkan kepada Mode ECE R40 standard antarabangsa (boleh tahan jimat).

Brek gabungan (Combi Brake) dengan tiga pot angkup juga telah direka untuk memberikan prestasi lebih baik. Motosikal itu ditawarkan pada harga kira-kira Bt52,500 (RM5,157) untuk varian brek cakera biasa dan Bt55,000 atau RM5,402 (Combi Brake).

honda-zoomer-x-mekanika (3)

“Pada tahun 2012, AP Honda telah mencipta satu trend baru dalam industri motosikal Thailand apabila memperkenalkan Honda Zoomer-X. Dengan rekaan yang unik, Zoomer-X pantas diterima oleh golongan remaja. Motosikal ini juga menyerlahkan imej keseronokan motosikal Honda,” kata Presiden AP Honda Co Ltd, Nobuhide Nagata.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button