Buletin

TAWARAN RAYA DENGAN GAYA MITSUBISHI

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan tawaran hebat termasuklah program penyelenggaraan percuma dan rebat tunai sehingga RM7,000 untuk model-model terpilih.

mitsubishi-raya-deal-mekanika (1)

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2014, para pelanggan yang menempah dan mendaftar model ASX 2014 akan menikmati program penyelenggaraan percuma untuk dua tahun dan jaminan selama lima tahun! ASX 2WD kini ditawarkan pada harga RM114,743.50 dan RM128,879.50 untuk pacuan empat roda (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Jika membeli Mitsubishi Attrage pula, anda layak menerima rebat tunai sehingga RM7,000 (untuk model 2013 sahaja). Attrage SE ditawarkan pada harga RM75,796.50 sementara Attrage GS berharga RM67,978.50 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

mitsubishi-raya-deal-mekanika (2)

Peminat Mirage pasti gembira apabila mendapat tahu bahawa model kompak itu hadir bersama rebat tunai sehingga RM6,000 (untuk model 2013 sahaja). Mirage GS kini ditawarkan pada harga RM64,090.65. Mirage GL pula berharga RM60,198.65 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

mitsubishi-raya-deal-mekanika (3)

Akhir sekali, pelanggan yang menempah Pajero Sport SUV bakal menikmati rebat tunai sehingga RM7,000 (untuk model 2013 sahaja). Pajero Sport VGT berharga RM172,211.60 manakala varian Pajero Sport GL boleh anda miliki pada harga RM151,227.60 (di atas jalan tidak termasuk insurans).

mitsubishi-raya-deal-mekanika (4)

Pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun Mitsubishi tidak memerlukan pelanggan membayar kos alat ganti dan buruh. Antara alat ganti yang terlibat ialah minyak enjin, penapis minyak, pembersih udara, bendalir brek, differential oil dan bendalir transmisi (berdasarkan kepada jadual servis yang dicadangkan.

Jadi, tunggu apa lagi?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button