Buletin

VW T-ROC R, SUV KECIL DENGAN 300 PS DAN 400 NM!

Di pasaran tempatan kita dihidangkan dengan pelbagai model sedan Volkswagen, dari Vento sehingga yang terbaru Arteon. Di celah model sedan pengguna ditawarkan dengan SUV Tiguan.

Di peringkat global, VW sudah menawarkan pelbagai SUV yang lengkap dari segmen A sehingga D seperti Touareg. Ini agenda VW dalam trend terkini yang menjuru kepada SUV.

Model SUV VW di dalam segmen B ialah T-Roc yang bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR. 

Satu perkara menyeronokkan apabila VW UK menawarkan T-Roc R, varian berprestasi dengan kuasa 300 PS dan tork 400 Nm. Ini adalah model SUV R kedua selepas Touareg R50.

Memegang lencana R bermakna varian ini lebih berkuasa daripada biasa dan langsung berbeza dengan varian R-Line. Selepas Touareg R50 pada tahun 2008, kakitangan dari jabatan R kembali menala sebuah SUV.

Hasilnya menggagumkan untuk sebuah SUV kecil, kelajuan maksimum mencecah 249 km/j dan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 4.9 saat. Pecutan itu lebih pantas daripada Touareg terdahulu.

Enjin 2.0 liter TSI dipadankan dengan transmisi klac berkembar DSG tujuh kelajuan dan pacuan empat roda 4MOTION. T-Roc R juga adalah penghormatan kepada model R pertama iaitu Golf Mk4 R32 yang pertama kali menggunakan transmisi DSG.

Untk pemanduan lebih mantap, pembeli ditawarkan pilihan sistem suspensi adaptif Dynamic Chassis Control (DCC) dengan tambahan kos GBP£695 (RM3,623). 

Sistem itu menawarkan pilihan mod berbeza yang mengubah karakter pemanduan.

Pada bahagian luar, VW mengenakan roda ringan 19 inci Pretoria berbanding ukuran 18 inci pada model standard lain. Untuk warna, ada lapan pilihan iaitu Energetic Orange, Turmeric Yellow, White Silver, Indium Grey, Deep Black, Pure White, Flash Red dan warna khusus R Lapiz Blue.

Satu perkara menarik ialah T-Roc R bakal menemani Golf R di bilik pameran VW UK. Tidak mahukan sebuah hatchback? Pilih sahaja SUV berprestasi tinggi. Harganya bermula dari GBP£38,450 (RM200,444).

Kami tertanya adakah Volkswagen Pasengger Cars Malaysia bakal menawarkan T-Roc? Kemudian disusuli dengan T-Roc R?

BACA: VW T-ROC CABRIOLET, SENSASI SUV BUMBUNG BOLEH LIPAT

BACA: TAHUKAH ANDA VW PASSAT SUDAH 45 TAHUN? SAINGAN HONDA ACCCORD DAN TOYOTA CAMRY

BACA: TAHUKAH ANDA KOTAK GEAR DSG VOLKSWAGEN SUDAH BERUSIA 15 TAHUN?

Tags
Google ads
Back to top button