Buletin

VW TANGGUH SERAHAN GOLF 8. ADA MASALAH PERISIAN

Volkswagen terpaksa menangguhkan penyerahan Golf 8 kepada pelanggan selepas masalah perisian dikesan pada beberapa buah model berkenaan. 

Masalah dikatakan timbul padapada Online Connectivity Unit (OCU) yang berfungsi membuat panggilan kecemasan secara automatik sekiranya berlaku kemalangan.  

Isu pada perisian itu membuatkan Volkswagen terpaksa mengambil langkah secara serta-merta. Ia merupakan salah garis panduan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah sejak tahun 2018. 

Volkswagen akan memberitahu langkah yang bakal diambil ke atas kenderaan terjejas, sama ada dipanggil semula atau melakukan kemas kini perisian dalam masa beberapa hari lagi. Jumlah Golf 8 yang terlibat bagaimanapun tidak didedahkan. 

Kenyataan itu dibuat tidak lama selepas pengeluar kenderaan tersebut memulakan semula operasi kilangnya di Jerman. 

Tags
Google ads
Back to top button