Artikel Pilihan

i30N vs Civic Type R vs Golf R vs Megane RS CUP

Hyundai Malaysia tidak lagi berselindung apabila mengumumkan akan melancarkan model hot hatch (kompak panas) mereka pada 28 November ini nanti. i30N merupakan hasil usaha Hyundai dalam menaikkan jenama mereka sebagai sebuah jenama yang diminati oleh peminat permotoran. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Hyundai menubuhkan N Division iaitu satu entiti khas yang akan membangunkan model prestasi tinggi.

N dalam kamus Hyundai merujuk kepada Namyang iaitu iaitu kawasan yang menjadi pusat kajian dan pembangunan Hyundai bermula pada tahun 1995 lagi. N juga merujuk kepada Nurburguring yang menjadi ibupejabat bagi Hyundai Motor European Test Center. Bagi mengetuai N Division, Hyundai telah mencilok Albert Biermann iaitu bekas Timbalan Presiden BMW M dan melantik beliau sebagai Eksekutif Timbalan Presiden High Performance Vehicle Development & testing.

Jadi bukan calang-calang orang yang mengetuai N Division Hyundai ini. Usaha ini diterjemahkan dengan kelahiran model Hyundai i30N yang diasaskan daripada sebuah kompak 5 pintu Hyundai i30. Matlamat Hyundai semasa melancarkan projek ini ialah sebuah kereta sport yang boleh dipandu setiap hari, dengan pengendalian cesi yang mantap ketika selekoh dan boleh dilanyak di litar lumba sesuka hati.

Tapi, bagi pasaran Malaysia terdapat beberapa jenama lain yang sudah lama bertapak dan bakal memberikan cabaran kepada Hyundai i30N apabila dilancarkan nanti. Ini termasuklah Honda Civic Type R, Volkswagen Golf R, Renault Megane RS Cup dan juga Myvi.

Di sini kami senaraikan perbandingan data spesifikasi antara kesemua model yang bakal berentap ini nanti. Antara aspek yang dilihat ialah saiz kereta, kuasa enjin, transmisi, prestasi, aspek utiliti dan juga harga bagi setiap model. Buat masa sekarang kami tidak memperolehi anggaran harga bagi Hyundai i30N. Tapi kami menjangkakan bahawa I30N akan ditawarkan dalam lingkungan harga antara RM 180,000 sehingga RM 220,000.

Dari segi cesi, hanya Civic Type R yang hadir dengan rekaan sedan namun dengan sentuhan fastback. Ruang kargo dibelakang dibuka bersama-sama dengan cermin belakang. Dari segi saiz Civic Type merupakan kereta yang lebih panjang, lebih lebar, lebih luas dan lebih mahal berbanding dengan model lain. Ia juga merupakan model paling mahal dijual setakat ini.

i30N, Civic Type R dan Golf R menggunakan enjin 2000cc suntikan terus bahan api dengan bantuan turbo. Persamaan ketiga-tiga enjin ini ialah ia turut ditemani dengan teknologi sokongan seperti DCVVT (Hyundai) dan VTEC (Honda). Hanya Megane RS sahaja yang menggunakan enjin 1800cc turbo. Dari segi kuasa Civic Type R menghasilkan kuasa paling tinggi iaitu 306 kuasa kuda dan paling rendah ialah i30N iaitu 247 kuasa kuda

Namun enjin Civic Type R menghasilkan tork yang paling tinggi iaitu 400Nm tapi pada RPM yang lebih tinggi iaitu 2500RPM manakala i30N menghasilkan 353Nm pada 1450 RPM. Dari segi transmisi Golf R merupakan juara di sini dengan penggunaan transmisi klac berkembar 7 kelajuan. Ia juga merupakan satu-satunya model yang menggunakan sistem pacuan semua roda AWD.

Walaupun paling berat iaitu sekitar 1450kg, Golf R mencatatkan masa dari 0-100km/j paling pantas iaitu 5.1 saat dengan bantuan transmisi DSG dan AWD. i30N memerlukan tambahan 1 saat untuk kelajuan yang sama. Bagi kelajuan maksima, Civic Type R dengan kuasa kuda paling tinggi berjaya mencapai kelajuan 272km/j dan i30N memiliki kelajuan maksima 250km/j. Namun penulis percaya,pastinya ada bengkel yang boleh memadamkan tetapan ECU untuk mencapai halaju yang lebih tinggi

Mazda CX30

i30N datang dengan 5 mode tetapan pemanduan (Eco, Normal, Sport, N dan N Custom) bagi menyesuaikan dengan kehendak pemanduan. Hanya Renault Megane Cup yang memiliki tayar belakang dengan steering bagi membantu mengambil selekoh dengan pantas.

Dari segi saiz ruang kargo, Civic Type R menawarkan ruang sebesar 414 liter berbanding dengan i30N yang menawarkan ruang sebesar 395 liter. Ujian dan data dalaman yang diberikan menunjukkan antara semua kereta ini, VW Golf R merupakan model yang paling menjimatkan. Ia mampu bergerak sejauh 13.88km bagi setiap liter petrol berbanding i30N sekitar 12.5km/liter petrol

Data yang ditunjukkan ini hanya gambaran kasar kereta di atas kertas. Namun prestasi sebenar semua kereta ini boleh dinilai apabila dipandu di atas jalan, pengalaman pemanduan dan diuji pada masa sebenar. Jadi di antara semua model ini, mana satu yang anda berkenan?

Tags
Google ads
Back to top button