Buletin

HARGA RASMI MITSUBISHI XPANDER BERMULA RM91,369. LEBIH 2,000 UNIT DITEMPAH SEJAK DILANCARKAN

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan harga jualan rasmi bagi model crossover Mitsubishi XPANDER untuk pasaran Malaysia, bermula dari RM91,369 atas jalan tanpa insurans, serta pengecualian cukai SST.

Berikut merupakan harga-harga Mitsubishi XPANDER di negara:-

NegeriHARGA ATAS JALAN (RM)
Semenanjung Malaysia91,369
Sabah92,526
Sarawak92,576
Labuan87,043

Sejak tempahan dibuka pada 22 Oktober lalu, Mitsubishi XPANDER mencatatkan tempahan melebihi 2,000 unit sehingga hari ini.

Model terbaharu ini hadir dengan satu varian sahaja dan menawarkan empat warna pilihan kepada pembeli. Ia merupakan kelabu (Titanium Grey), putih (Quartz White), hitam (Diamond Black) dan merah (Red Metallic).

Setiap pembelian Crossover tujuh tempat duduk ini didatangkan bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

XPANDER mendapat khidmat enjin petrol 1.5-liter MIVEC dengan blok aluminium yang mampu menghasilkan kuasa 105PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang mengoptimumkan kuasa dan penjimatan bahan api.

Rekaan luaran jentera terbaharu ini menampilkan konsep Dynamic Shield menyerlahkan sisi lebih berani, serta membawakan kelengkapan seperti lampu hadapan LED, lampu posisi LED, serta lampu belakang jenis LED dengan iluminasi berbentuk L.

XPANDER memiliki dimensi 1,730mm tinggi dan panjang keseluruhan 4,475mm. Crossover itu hadir dengan jarak roda 2,775mm dan lebar 1,750mm sekali gus menawarkan lebih banyak ruang untuk semua penumpang.

Selain itu, XPANDER menawarkan tempat duduk baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat rata bagi memuatkan barangan sehingga 1,630 liter.

Ia turut dilengkapi ruang simpanan yang mencukupi seperti di bawah kerusi, kotak konsol tengah, serta kotak glove dua bahagian yang terdapat pada papan pemuka.

Bagi keselesaan penumpang belakang terdapat empat corong pendingin hawa pada bumbung yang boleh dilaras kelajuan kipasnya.

Dari segi hiburan pula, XPANDER menawarkan sistem audio skrin sentuh bersaiz 9 inci bersama ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto.

Antara ciri keselamatan termasuk dua beg udara SRS, sistem brek ABS, edararan EBD, Kawalan Kestabilan Aktif, Brek Bantuan (BA), Hill Start Assist (HSA), dan banyak lagi.

XPANDER dilengkapi kluster meter berkontras tinggi bersaiz 4.2 inci yang memaparkan maklumat penting seperti suhu enjin, amaran kawalan luncur atau tahap kapasiti bateri pada kunci kereta.

MMM turut menawarkan pakej tambahan merangkumi sistem pemantauan keadaan sekeliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) serta sarung tempat duduk kulit.

Google ads
Back to top button