Motosikal

WARNA BAHARU GOLDWING 2016

Honda Goldwing kini ditawarkan dengan pilihan dua warna baharu.  Menyertai warna sedia ada Pearl Glare White itu ialah Candy Prominent Red dan two-tone Heavy Gray Metallic.

honda-goldwing-2016-mekanika (3)

Tawaran dua warna baharu dari Honda itu memberikan penampilan lebih segar buat Goldwing. Soal mekanikal, tiada yang berubah. Goldwing masih dijana enjin bersesaran 1,832cc.

Kuasa yang dihasilkan enjin berkenaan ialah 107hp @ 5.500rpm dan tork 161Nm @ 4,000rpm. Berat model touring itu ialah 425kg.

honda-goldwing-2016-mekanika (1)

Lebih impresif, model tersebut menawarkan muatan kargo mencecah 142 liter. Walaupun begitu, ia tidak menjejaskan aspek aerodinamik. Masih tetap selesa ditunggang pada kelajuan tinggi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button