WRC 2019 : OTT TANAK MENANG DI GB. GELARAN JUARA SEMAKIN HAMPIR
Minggu lepas telahpun berlangsungnya perlumbaan rali Great Britan (GB) yang mana pelumba Toyota, Ott Tanak berjaya memenangi perlumbaan buat kali ke lima musim sekaligus menjadikan impian untuk bergelar juara World Rally Championshiop (WRC) musim 2019 buat pertama kalinya semakin menjadi nyata.
Pelumba handalan Estonia ini berjaya mengenepikan saingan sengit yang diberikan oleh pelumba pasukan Hyundai, Thierry Neuville apabila berjaya meninggalkan pelumba Belgium tersebut dengan hanya 10.9 saat sahaja. Manakala seorang lagi pencabar kejuaraan yang juga penyandang juara, Sebastian Ogier pula berjaya menduduki tempat ketiga dan ketinggalan 23.8 saat di belakang Ott Tanak (12.9 saat di belakang Thierry Neuville).
Perlumbaan rali GB ini meliputi kawasan pedalaman Wales dengan laluan licin, berlumpur dan juga suasana yang berkabus dengan jarak keseluruhan yang dilalui pelumba sejauh 312.75 km, Dan Ott Tanak berjaya juga membuktikan kehandalannya walaupun dicabar hebat oleh pemandu yang lain.
Dan Ott Tanak sendiri mengakui, “Ia adalah hujung minggu yang panjang dengan hari-hari yang panjang dan malam yang singkat dan juga banyak tekanan. Saya rasa jurang masa tidak lebih besar daripada 10 saat bagi setiap peringkat dan saya setiap peringkat saya harus berada pada tahap maksimum”.
Manakala pelumba pasukan Hyundai, Thierry Neuville yang tidak memenangi semenjak melakukannya pada April yang lalu juga harus akur dengan kejayaan yang diraih pelumba Toyota itu. Bagi Sebastian Ogier juga, beliau pasti menarik nafas yang lega apabila berjaya meraih podium ketiga. Cumanya dari segi pungutan mata, beliau ketinggalan 28 mata berbanding Ott Tanak. Jikalau Ott Tanak menang untuk pusingan berikutnya di Sepanyol, gelaran juara sudah tentu dalam genggamannya.
Sebenarnya di Rally GB ini turut berlaku peristiwa menarik untuk dikenang buat peminat rali. Petter Solberg yang merupakan antara lagenda rali WRC beraksi buat kali terakhir di rali yang pernah mengangkat namanya sebagai pemenang sebanyak empat kali. Menariknya juga, anak beliau Olliver Solberg turut beraksi di Rally GB ini dan keduanya turut memandu Volkswagen Polo R5. Menariknya, Petter Solberg turut mencipta kejayaan dengan memenangi kategori WRC2. Sebuah penutup cerita yang cukup bergaya buat sang lagenda.
Apa pun, saingan WRC musim 2019 semakin hampir. Sikit je lagi si Ott Tanak nak menangi. Tengok perlumbaan di Sepanyol nanti beliau boleh sapu bersih atau tidak.
Kedudukan Mata Pelumba
- Ott Tanak – 240 Mata
- Sebastian Ogier – 212 Mata
- Thierry Neuville – 199 Mata
Kedudukan Mata Pembuat
- Hyundai Shell Mobis – 340 Mata
- Toyota Gazoo Racing – 322 Mata
- Citroen Total – 278 Mata