,
Artikel Pilihan

NISSSAN NOTE NISMO BLACK LIMITED EDITION – UNTUK PASARAN JDM SAHAJA

Sekali lagi seluruh penduduk dunia kecuali warga Jepun dinafikan hak mereka untuk membeli model cool keluaran mereka. Kali ini model yang dimaksudkan ialah Nissan Note Nismo Black Limited Edition. Ia tiada kaitan dengan Kamen Rider Black, penyanyi Black Hanafiah ataupun Black pemain dram kumpulan Wings.

Tengok nama pun kita dah tahu yang ia merupakan model edisi khas dengan pakej khusus yang dipadankan kepada Note e-Power Nismo, Note e-Power Nismo S dan Note Nismo S. Pakej ini disediakan khusus untuk memberikan imej yang lebih sporty kepada model Note Nismo dengan penampilan warna bumbung berbeza lengkap dengan jalur perlumbaan dan penambahan aksesori sedikit berbeza contohnya antena sirip jerung, spoiler bumbung dan cermin sisi.

Note Nismo Black Limited cuma boleh didapati dalam dua warna luaran: brilliant white pearl dan dark metal grey. Pek Black Limited ini juga merangkumi beberapa aksesori pilihan standard lain contohnya lampu utama LED, Intelligent Cruise Control (kecuali Note Nismo S) dan sistem navigasi.

Tapi macam biasa dengan peningkatan kometik seperti ini bahagian mekanikal memang tidak disentuh langsung. Siri Note e-Power Nismo hibrid masih menghasilkan  109hp kuasa maksima dan 253Nm tork dengan enjin 1.2L dan bateri 1.5kWh. e-Power Nismo S pula lebih berkuasa dengan 134hp kuasa maksima dan 320Nm dengan versi enjin yang sama tetapi telah dipertingkatkan.

Bagi model bukan hibrid Note Nismo S, ia menggunakan enjin 1.6L NA 4-selinder yang berkemampuan menghasilkan 138hp kuasa dan 163Nm tork. Sebaik diperkenalkan pada Tokyo Motor Show yang akan diadakan pada hujung bulan ini, ia akan mula dipasarkan pada harga yang bermula dari RM104,820!

Nak mintak bawa masuk Malaysia pun dah terang-terang kereta ini untuk pasaran JDM. Nak tak nak tunggulah selepas 4-5 tahun lagi bila ia mula diesksport sebagai unit recond. Sabarlah wahai hati.   

Tags
Google ads
Back to top button