Buletin

WRC 2019 – OTT TÄNAK CEMERLANG DI FINLAND

Pelumba handalan Pasukan Toyota, Ott Tänak terus menampilkan rentak cemerlang dalam saingan World Rally Championship (WRC) bagi musim 2019 apabila berjaya memenangi perlumbaan di Finland hujung minggu yang lalu. Kejayaan pemandu utama Pasukan Toyota itu turut berganda apabila seorang pemandu Toyota, Jari-Matti Latvala turut berjaya menaiki podium di tempat ketiga.

Kejayaan pelumba dari Estonia itu seperti sudah diduga lagi. Sementelah kejayaan beliau merangkul kejayaan di bumi sendiri tempohari, kemenangan Ott Tänak di Finland adalah yang ketiga bagi kempen perlumbaan musim 2019 ini. Beliau berjaya mengecewakan pelumba tempatan, Esapekka Lappi yang memandu Citroen di tempat kedua keseluruhan. Pelumba Finland tersebut cuma ketinggalan 25.6 saat sahaja dibelakang Ott Tänak.

Sudah tentu kejayaan ini bukan sahaja menggembiran pasukan, malah para penyokong Ott Tänak yang sanggup hadir ke bumi Finland bagi memberikan sokongan kepadal pelumba harapan mereka. Apa tah lagi, kini beliau dilihat agak selesa mendahului pungutan mata keseluruhan settelah berjaya mengutip 30 mata maksimum di Finland.

Manakala pencabar kejuaraan yang juga penyandang juara, Sebastian Ogier hanya berupaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima setelah ketinggalan hampir 1 minit berbanding Ott Tanak.

Seorang lagi pencabar kejuaraan, Thiery Neuville yang memandu Hyundai i20 WRC pula akur di tempat keenam keseluruhan setelah ketinggalan lebih daripada 1 minit 32 saat. Cumanya menurut pelumba Belgium itu, beliau masih berpuas hati dengan kepantasan kereta i20 WRC tersebut. Apatah lagi, ketiga – tiga kereta berjaya menempatkan di tempat ketujuh teratas. Suatu pencapaian yang boleh dikira baik berbanding pusingan sebelumnya.

Yang pasti, keputusan Thiery Neuville dan Sebastian Ogier yang dilihat sederhana itu pasti memberikan kelegaan buat diri masing – masing. Setidaknya, mereka bersaing rapat bersama Ott Tanak untuk merebut tahta kejuaraan WRC musim 2019 ini.

Pusingan berikutnya bakal berlangsung di Jerman. Tahun sudah Ott Tanak muncul juara di sana. Walaupun dilihat sebagai pilihan, namun beliau sentiasa berwaspada dengan ancaman daripada dua pelumba dibelakangnya apatah lagi dengan saingan cuma berbaki lima pusingan sahaja.

BACA : WRC 2019 – OTT TANAK RAIH KEJAYAN BERTURUT DI PORTUGAL

BACA : RALLY ESTONIA 2019 – OTT TANAK HERO LOKAL MENANG

Google ads

B K

Back to top button