
WRC 2021 – SEBASTIAN OGIER SAH SAMBUNG SETAHUN LAGI BERSAMA TOYOTA
Musim perlumbaan WRC 2020 bakal melabuhkan tirai sebaik sahaja tamat perlumbaan di Monza awal Disember kelak. Dan pastinya pasukan yang bertanding sudah boleh berkira-kira untuk mendapatkan tandantangan kontrak pemandu idaman masing – masing.
Nampaknya pemandu lagenda WRC, Sebastian Ogier yang baru semusim bersama pasukan Toyota sah kekal beraksi semusim lagi bersama jentera Yaris WRC sementelah beraksi dengan agak cemerlang juga musim 2020 ini. Sebastian Ogier kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dan berpeluang untuk muncul juara WRC buat kali ketujuh jika berupaya mengenepikan saingan rakan sepasukan Elfyn Evans.
Jikalau diikutkan, kontrak beliau bersama Toyota hanya semusim sahaja dan bakal menggantung stereng penghujung musim ini. Namun kesan wabak pandemik Covid-19 yang melanda memaksa saingan musim ini begitu singkat dan kurang memberikan kepuasan kepada pemandu. Dan itulah yang Sebastian Ogier alami.
“Saya seronok bekerjasama pasukan ini. Saya juga seronok memandu jentera Toyota ini,” ujur Sebastian Ogier
Dan disebabkan perkara itu, Sebastian Ogier memutuskan untuk menukar fikiran serta kembali bersaing pada musim 2021 dengan harapan berlumba seperti biasa dan kembali mengejar tahta kejuaraan WRC. Dengan pengumuman itu, maka lengkaplah trio pemandu pasukan Toyota sementelah Elfyn Evans dan Kalle Rovanperä masih lagi mempunyai baki kontak sehingga penghujung musim 2021.

Sementara itu, pasukan Hyundai Shell Mobis juga seakan hampir melengkapkan barisan pemandu dengan diketuai oleh Ott Tänak dan Thierry Neuville. Cumanya yang tinggal adalah dilema jentera ketiga, siapakah yang patut untuk memandu i20 WRC kelak.
Rebutan kerusi pemandu barangkali terarah kepada dua pemandu, Craig Breen dan juga Dani Sordo bagi melengkapkan kuota pemandu untuk musim 2021 sementelah pengunduran Sebastian Loeb daripada pasukan Hyundai. Cakap cakap mengatakan Dani Sordo berpeluang cerah untuk mengisi kuota namun ianya pantas dinafikan oleh Prinsipal Andrea Adamo. Dan keputusan mengenai itu hanya akan diputuskan sebelum perlumbaan pembukaan di Monte Carlo pada tahun hadapan.

Dilema yang sama juga dihadapi oleh pasukan M-Sport. Dua pemandu utama, Esapekka Lappi dan Teemu Suninen bakal menanatkan kontrak penghujung musim ini. Begitu juga seorang lagi pemandu kelahiran British Gus Greensmith yang turut mengidam tempat kerusi pemandu Fiesta WRC.
Namun jawapan yang diberikan pemilik pasukan Malcolm Wilson jelas mereka masih belum mahu menamakan barisan pemandu. Nampaknya beliau mahu menyelesaikan isu jentera Fiesta WRC yang kelihatan agak lemau musim ini. Apatah lagi dengan persediaan regulasi baru bagi menghadapi saingan musim 2022 kelak.
“Kami ada beberapa kerja tingkat taraf terhadap jentera dan paling ketara adalah mengenai spesifikasi enjin yang bakal digunakan pada tahun hadapan adalah sama seperti yang bakal digunakan kelak pada tahun 2022”, ujur beliau yang juga merupakan bekas pemandu rali kelahiran British.
BACA : CITROEN BAKAL MENINGGALKAN WRC. APA JADI DENGAN SEBASTIAN OGIER