
WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER MUNCUL JUARA WRC 2020 BUAT KALI KE TUJUH
Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia, nampak pada Toyota Yaris WRC. Eceh! Barangkali itulah perumpamaan yang cukup tepat buat pemandu handalan dan lagenda dari Perancis, Sebastian Ogier. Sebastian Ogier berjaya memenangi perlumbaan di ACI Rally Monza sekaligus muncul juara World Rally Championship (WRC) 2020 buat kali ketujuh dalam karier beliau.
Sesungguhnya kemenangan Sebastian Ogier untuk muncul juara barangkali bukanlah untuk berada dalam senarai pilihan. Namun prestasi beliau secara keseluruhan untuk musim WRC 2020 yang serba pendek ini barangkali boleh juga dikatakan sebagai agak memberangsangkan.

Kemenagan pemandu dari Perancis itu sebenarnya terbuka luas apabila pendahulu Elfyn Evans mengalami kecelakaan jalanraya apabila Yaris WRC yang dipandu terbabas ketika melintasi selekoh dengan kelajuan yang tinggi disamping permukaan yang basah dan lincin akibat permukaan laluan yang ditimpa salji. Menarik juga apabila Elfyn Evans menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila beliau sempat naik ke atas jalanraya untuk memberikan amaran kepada Sebastian Ogier sedikit perlahan dan berhati – hati.

Sementara itu, tempat kedua keseluruhan perlumbaan di Litar Monza dan kawaasan perkarangaan, menjadi milik penyandang juara WRC 2019, Ott Tanak. Beliau hanya ketinggalan 13.9 saat di belakang Sebastian Ogier. Di tempat ketiga pula menjadi milik rakan sepasukan beliau, Dani Sordo. Pemandu Sepanyol tersebut ternyata membalas kepercayaan Prinsipal Pasukan Hyundai apabila beliau sebenarnya memberikan saingan yang agak sengit juga kepada Sebastian Ogier hingga ke akhir saingan. Cuma di saat akhir, Ott Tanak berjaya menewaskan Dani Sordo dengan hanya perbezaan 1.4 saat sahaja.
Dengan duo Hyundai ini berjaya mengutip mata podium, sasaran Hyundai Shell Mobis untuk mengekalkan kejuaraan kategori Pembuat tahun lalu tercapai. Pasukan Toyota Gazoo Racing hanya dipisahkan dengan lima mata sahaja untuk muncul juara kategori Pembuat.
Dengan tamatnya saingan di Monza, maka tumpuan boleh diberikan terhadap persediaan untuk musim WRC 2021 pula.
Kedudukan Akhir Mata Pemandu
- Sebastian Ogier – 122 Mata
- Elfyn Evans – 114 Mata
- Ott Tanak – 105 Mata
Kedudukan Akhir Mata Pembuat
- Hyundai Shell Mobis – 242 Mata
- Toyota Gazoo Racing – 236 Mata
- M-Sports Ford – 129 Mata