Artikel Pilihan

WRC 2020 – LITAR MONZA FINALE PENENTU KEJUARAAN

Perkembangan perlumbaan WRC musim 2020 mendapat sedikit khabar gembira di saat akhir apabila dimaklumkan bahawa pusingan akhir bakal dilangsungkan di litar terkemuka dunia di Itali, Autodromo Nazionale de Monza pada 4 – 6 Disember 2020.

Aturcara perlumbaan kelak bakal menggunapakai format perlumbaan yang lebih ringkas meliputi jarak keseluruhan 220 km Special Stage dengan majoriti perlumbaan pada hari permulaan dan hari terakhir bakal berlangsung di Litar Monza sendiri. Manakala saingan pada hari Sabtu, perlumbaan dijangka berlangsung di jalanraya Lombardy, kawasan berhampiran Litar Monza juga.

Permukaan aspal di Litar Monza ini bukanlah calang – calang. Litar yang dibina semenjak tahun 1922 ini pernah menganjurkan perlumbaan prestij Formula 1 dan juga Motorcycle GrandPrix serta tidak lupa perlumbaan Cub Prix cawangan Itali. Sepanjang hampir 100 tahun usia litar terkemuka ini, ianya telah mengalami beberapa perubahan reka bentuk litar dengan kali terakhir pengubahsuaian pada tahun 2000 dan ianya kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Dengan perkhabaran gembira ini, Itali menganjurkan dua kali perlumbaan WRC, dengan Italia Sardegna berlangsung selaku pusingan keenam dan Litar Monza ini bakal berlangsung pada perlumbaan kelapan sebagai yang terakhir.

Barangkali peminat rali dunia sudah pun mengetahui tentang acara Monza Rally Show yang kerap berlangsung pada penghujung tahun, bersempena dengan tamatnya kalendar perlumbaan utama dunia. Monza Rally Show ini kebiasannya akan membabitkan pemandu dalam pelbagai cabang sukan permotoran seperti pemandu rali, pemandu trek hatta penunggang MotoGP lagenda sekali pun. Valentino Rossi sendiri pernah menjuarai sebanyak empat kali berturut pada tahun 2015 hingga 2018.

Manakala pemandu handalan WRC seperti Dani Sordo sendiri pernah dua kali memenanginya pada tahun 2010 dan 2013. Mungkin Hyundai Shell Mobis bersedia untuk menyenaraikan bintang Sepanyol itu sekali lagi buat kali terakhir musim ini. Manakala pemandu F1 Robert Kubica juga pernah memenangi pada tahun 2014.

Menurut pihak Promoter WRC Jona Siebel selaku Pengarah Urusan berkata, perlumbaan rasmi kali ini pasti memberikan kelainan dan keterujaan kepada barisan pemandu. Apatah lagi sudah pasti inilah saingan yang bakal menetukan siapakah yang bakal merebut tahta WRC bagi kategori pemandu dan pembuat.

BACA : INILAH DIA 10 LITAR PERLUMBAAN PALING BERBAHAYA DI DUNIA

BACA : WRC 2020 – DANI SORDO MENANG RALLY ITALIA

Google ads

B K

"
"
Back to top button