Buletin

FORD MUSTANG MACH 1 DIJUAL SECARA GLOBAL. DIJANGKA MASUK PASARAN TAHUN HADAPAN

Model terbaharu Ford Mustang Mach 1 pasti akan menjadi jentera muscle berkuasa tinggi yang dinantikan penggemar automotif apabila ia mula menjengah pasaran kelak.

Begitupun, Ford masih belum lagi mengeluarkan harga rasmi kenderaan dan jumlah produksi kenderaan terbaharu ini.

Tidak seperti Mustang Shleby GT350 yang dihentikan produksi, Mach 1 akan dijual secara global kepada peminat-peminat Mustang.

Ketua Pemasaran Mustang, Jim Owens memberitahu Muscle Car and Trucks tidak terbatas pada pasaran Amerika Syarikat (AS) sahaja.

“Model Mach 1 akan dijual secara global tidak seperti GT350. Permintaan Mustang pada peringkat global amat tinggi,” katanya.

Ford Mustang Mach 1 mendapat khidmat enjin 5.0 liter V8 berkemampuan menjana kuasa 480 hp dan tork 569 Nm dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Ia turut mendapat pelbagai jenis komponen dari GT350 dan GT500 seperti manifold kemasukan, adapter penapis bahan api, penyejuk pelincir enjin, penyejuk gandar belakang dan sistem ekzos 4.5 inci.

Sistem suspensi berdasarkan kalibrasi MagneRide Ford terkini, kalibrasi EPAS, sway bar dan spring hadapan yang lebih keras, booster brek dari Mustang GT Performance Pack 2.

Ford Mustang Mach 1 dijangka dijual secara terhad dan memasuki bilik pameran pada musim bunga 2021. – agensi

Google ads
Back to top button