Buletin

WRC 2022 DILANCARKAN DI AUSTRIA

Musim baharu World Rally Championship (WRC) 2022 akhirnya dilancarkan di sebuah Salzburg Austria dengan ketiga tiga jentera hibrid baharu Rally1 daripada tiga pasukan akhirnya didedahkan secara rasmi dan serentak. Pelancaran ini dilakukan ketika perlumbaan pembukaan bakal berlangsung pada 20 – 23 Januari 2022 ini di Monte Carlo.

Pelancaran musim baharu WRC ini disaksikan oleh Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem sambil dihadiri tiga pasukan utama, Toyota Gazoo Racing, Hyundai Motorsport dan juga M-Sport Ford disamping jentera baharu Rally1 masing – masing. Musim WRC 2022 ini bakal menyaksikan 13 pusingan perlumbaan merentasi empat benua.

Mencuri perhatian sudah tentulah penyandang juara bagi kategori pembuat pasukan Toyota Gazoo Racing yang menampilkan rupa sebenar jentera Toyota GR Yaris Rally1 bersama rekaan grafik baharu. Bayangkan, rupa Toyota GR Yaris model jalanan pun dah garang. Apatah lagi apabila ianya dijelmakan sebagai sebuah jentera Rally1. Berganda dia punya garang.

Turut hadir bersama kem pasukan Toyota Gazoo Racing adalah Naib Juara WRC 2021, Elfyn Evans yang juga merupakan calon utama mencabar kejuaraan WRC musim ini. Hadir juga Kalle Rovanperä yang turut mencuri tumpuan musim lalu apabila beliau muncul juara termuda perlumbaan WRC

Pasukan Hyundai Motorsport turut mempamerkan jentera Hyundai i20 N Rally1 yang dibangunkan daripada model jalanan Hyundai i20 N. Berbanding model jentera Hyundai i20 Coupe WRC sebelumnya, jentera baharu ini kelihatan lebih rendah dibahagian hadapan. Sudah pasti ianya akan memberikan kelebihan kepada aerodinamik Hyundai i20 N Rally 1.

Hadir bersama kem pasukan Hyundai Motorsport adalah Thierry Neuville yang sering kali dibayangi sebagai pemandu kedua walaupun telah sekian lama bersama pasukan dari Korea Selatan ini. Hadir juga adalah mantan juara WRC, Ott Tanak yang kelihatan sedikit tenggelam musim lalu.

Sungguhpun tumpuan diberikan kepada dua pasukan utama ini, sebenarnya pasukan M-Sport Ford turut tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Berbanding dua pasukan utama yang memilih dua model jalanan yang handal sebagai jentera Rally1, M-Sport pula memilih sedikit kelainan apabila menjadikan model crossover Ford Puma untuk dijelmakan sebagai jentera utama.

Menarik juga apabila M-Sport kembali menggunakan rekaan grafik dengan logo Red Bull di badan jentera. Untuk makluman, mereka pernah menggunakan logo Red Bull beberapa tahun sudah dan muncul juara WRC. Pasti menarik untuk melihat gandingan Craig Breen dan juga pemandu muda Adrien Fourmaux yang turut hadir pada majlis berkenaan.

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY1 – PENCABAR SEBENAR KEJUARAAN WRC 2022

BACA : INILAH DIA HYUNDAI i20 N RALLY1 YANG SEBENAR BENARNYA – PENCABAR WRC 2022 SUDAH TIBA

Google ads

B K

Back to top button