Artikel Pilihan

INILAH DIA HYUNDAI i20 N RALLY1 YANG SEBENAR BENARNYA – PENCABAR WRC 2022 SUDAH TIBA

Pasukan Hyundai Motorsports akhirnya mendedahkan identiti sebenar model jentera rali hibrid Hyundai i20 N Rally1 bagi menghadapi musim baharu saingan WRC 2022. Model yang didedahkan tanpa sebarang pelekat samaran adalah merupakan versi akhir dan berbeza sama sekali dengan model prototaip yang menjalani ujian sebelum ini.

Jentera baharu yang dibina dan direka semula daripada versi prototaip itu ditemui ketika sesi ujian rasmi yang dilakukan di French Alps. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Prinsipal, Andrea Adamo sendiri. Mengulas mengenai perkara itu, “Jentera semasa adalah prototaip. Kami gabungkan semuanya dengan pantas bagi membolehkan kami menyediakan jentera baharu untuk mengujinya.”

Andrea Adamo turut menjelaskan lagi bahawa perubahan melibatkan dua model tersebut meliputi casis, transmisi serta bahagian ruangan enjin. Malah perubahan yang dilakukan di pengkalan pasukan di Alzenau merupakan sesuatu perubahan yang besar dan ketara bagi menyiapkannya serta menjadikannya kenyataan dalam masa yang agak singkat dan suntuk.

Berdasarkan perbezaan diantar kedua model, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan terhadap rupa luaran terutamanya membabitkan pakej aerodinamik di bahagian hadapan dan belakang, spoiler belakang serta rekabentuk cermin sisi.

Insan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan jentera hibrid serba baharu itu adalah Christian Loriaux yang merupakan antara individu yang cukup prolifik dalam mereka bentuk kereta rali. Christian Loriaux yang berasal dari Belgium itu telah menyertai Hyundai Motorsport pada awal musim 2021 bagi menyiapkan projek ini setelah meninggalkan pasukan M-Sport Ford.

Pasukan Hyundai Motorsport adalah yang terakhir daripada tiga pasukan yang memulakan ujian penting bagi mengharungi musim 2022, dengan Andrea Adamo sebelum ini mengakui bahawa mereka lebih perlahan keluar menguji jentera. Namun Prinsipal pasukan Hyundai itu yakin pasukannya akan bersaing dengan Toyota Gazoo Racing dan M-Sport Ford setelah berpeluang untuk menguji sepenuhnya jentera baharu mereka.

Sementara itu dalam suatu perkembangan terbaharu, Thierry Neuville serta Juruarah beliau Martin Wydaeghe telah terlibat dalam kemalangan sewaktu sesi ujian yang dijalankan dengan kondisi jentera yang remuk. Mujur keduanya selamat dan telah keluar daripada hospital setelah dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BACA : MASANYA UNTUK TANAK MENGUJI HYUNDAI i20 N RALLY2

BACA : WRC 2022 – GILIRAN HYUNDAI PULA MENGUJI JENTERA RALLY1

Google ads

B K

Back to top button