Motosikal

YAMAHA Y15ZR & NVX 155 DOXOU DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM8,868

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya melancarkan model Y15ZR dan NVX 155 Doxou secara rasmi pada acara Karnival Gen Blu di MAEPS, Serdang Selangor.

Y15ZR Doxou ditawarkan pada harga RM8,868 sementara harga NVX 155 pula akan diumumkan kelak. 

Sedia maklum, Karnival Gen Blu ialah acara karnival tahunan Yamaha yang bertujuan meraikan peminat serta dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya termasuklah pameran motosikal yang telah dimodifikasi, jualan barangan Yamaha, aksesori dan macam-macam lagi.

Dengan tagline “Sports Fashion Edition” jentera tersebut diinspirasikan daripada perkataan Jepun Doxou yang bermaksud “kreatif” dan “mendahului gaya hidup”. Hasilnya, kedua-dua motosikal itu tampil dengan gabungan warna yang berani.

Sebagaimana yang anda boleh ligat, rim aloi hadapan dan belakang didatangkan dalam dua warna berbeza iaitu biru dan hitam. Sementara warna badannya juga cukup berbeza (pelik), warna merah seperti tembaga dan biru matt.

Pengenalan Doxou dilengkapkan lagi dengan barisan pakaian dan barangan yang eksklusif.

Motosikal itu juga didatangkan dengan set hadiah premium termasuklah fon kepala Doxou, rantai kunci, serta sijil yang dilengkapi perincian seperti nombor enjin dan chasis.

Versi V2 ini bagaimanapun tidak menerima sebarang perubahan lain. Ia masih dikuasakan enjin SOHC 150cc yang mampu menjana kuasa 14.7hp dan tork 13.8Nm.

Perubahan yang boleh dilihat ialah versi V2 penuh berbanding model awal V1 yang dilancarkan pada 2015.

Model Doxou boleh didapati di semua pengedar Yamaha mulai pertengahan bulan ini.

GALERI

Google ads
Back to top button