Motosikal

YAMAHA VIETNAM SEDIA LANCARKAN EXCITER 155 VVA?

Menurut laman web motosaigon Vietnam, mereka menerima informasi tidak rasmi mengenai maklumat model terkini Yamaha Exciter 150 (Y15ZR) yang akan dilancarkan tidak lama lagi untuk pasaran Vietnam.

Khabarnya, Yamaha akan memperbaharui Exciter 150 dengan peningkatan di bahagian enjin pula. Ia dikatakan bertitik tolak dari apa yang telah dilakukan oleh Honda yang baru sahaja memperkenalkan Honda WInner X 150 serba baharu.

Menariknya juga, menurut laman web tersebut, Yamaha bakal memasang sistem brek hadapan dengan sistem anti kekunci ABS, sama seperti pesaingnya Honda WInner X.

Menurut mereka lagi, antara maklumat yang bocor ialah penggunaan enjin dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) sama seperti YZF-R15 dan juga Yamaha NVX.

Masuk akal juga kerana sebenarnya Yamaha tidak perlu membuat pelaburan baru dan hanya memindahkan teknologi sedia ada dalam rangkaian produk mereka kepada Exciter. Untuk rekod, Y15ZR/Exciter dikuasakan enjin 150cc, SOHC dan kotak gear lima kelajuan.

Peningkatan akan datang termasuklah kotak gear enam kelajuan yang telah lama digunakan pada model R15 di pasaran sekitar Asia Tenggara. Logiknya, Yamaha pasti tidak mahu kalah dengan gelaran super moped yang diciptanya pada 2015 ketika Exciter diperkenalkan. Untuk rekod, Exciter tidak pernah menerima pembaharuan enjin sejak diperkenalkan lebih empat tahun yang lalu.

Enjin yang didakwa akan dipasangkan pada Exciter generasi terbaru nanti dikatakan datang dari model R15 generasi 3. Secara tak langsung, ia akan memiliki kapasiti sebesar 155 cc dan sudah ada teknologi injap VVA, begitu jufa dengan gearbox 6-kelajuan.

Jika benarm sudah tentu nisbah kuasa kepada berat Exciter/Y15ZR nanti pasti lebih baik berbanding Winner X 150.

Berdasarkan informasi yang mereka terima juga dikatakan lampu belakang direka dengan gaya ala YZF- R series. Berkemungkinan besar ia akan kelihatan mirip pada R15 juga.

Apa yang lebih mengejutkan, motosaigon mendakwa bahawa Exciter V3 ini akan dilancarkan pada bulan hadapan. Sekali lagi, ia mungkin sekadar maklumat yang belum ada kesahihan 100 peratus dan sekiranya ia benar, Yamaha nampak memang sangat bersungguh mahu mendahului pasaran super kapcai 150cc ini.

Hanya selepas sdua bulan selepas Honda Winner X dipebaharui, Yamaha hadirkan sekali lagi V3 untuk “menutup mulut” cakap-cakap bahawa Yamaha sudah ketinggalan.

Tapi adakah ia benar-benar akan jadi kenyataan?

Google ads
Back to top button