BuletinMotosikal

YAMAHA Y15ZR SUDAH BOLEH DITEMPAH. RM11K – RM13K!

Pelancaran Yamaha Y15ZR dua minggu lalu di Jasin Melaka mendapat sambutan yang cukup hangat di kalangan peminat super moped tempatan. Menurut Hong Leong Yamaha, model facelift generasi kedua ini akan mula berada di pasaran pada pertengahan April.

Namun semakan kami di beberapa premis jualan motosikal samada pengedar sah Yamaha atau kedai-kedai motosikal biasa, kebanyakannya sudah mula menerima tempahan.

Pun begitu, tiada harga yang ditetapkan sebaliknya hanya “anggaran” kerana HLYM belum lagi mengumumkan harga rasminya.

Tinjauan di beberapa buah kedai motosikal di Jalan Klang Lama, Jalan Pahang, Jalan Ipoh dan Batu Caves mendapati peniaga memang sudah menerima tempahan Yamaha Y15ZR V2, pembeli boleh memilih model tersebut yang dijangka akan sampai dalam tempoh empat ke enam minggu akan datang.

Harga paling rendah yang kami temui ialah RM11,000 sementara harga paling tinggi ialah RM13,500. Harga tersebut ialah termasuk perlindungan insurans 1st party all rider dan lengkap atas jalan siap daftar.

Rata-rata pekedai menganggarkan kenaikan harga sekitar RM1,000 hingga RM1,500 bagi model baru ini.

Seperti yang kita semua maklum, harga motosikal di Malaysia ni sangat unik sebab kedai boleh letak harga ikut sedap tekak mereka sahaja pun. Pihak berkuasa seperti KPDNHEP masih sibuk memantau harga gula, sayur dan ikan sejak dari zaman Parameswara lagi.

GALERI

Google ads
Back to top button