
ZEEKR MIX DILANCARKAN 23 OKTOBER INI DI CHINA – TAWAR JARAK GERAK 712KM, JANA 422HP
Zeekr, anak syarikat Geely, akan melancarkan MPV bersaiz sederhana iaitu Zeekr MIX, pada 23 Oktober ini.
Dikenali kejuruteraan SEA-M yang canggih, MIX dilengkapi dengan platform voltan tinggi 800V, menawarkan jarak pemanduan maksimum sejauh 712 kilometer (CLTC).
Zeekr MIX mengekalkan bahasa reka bentuk ikonik dari model Zeekr 007, yang menonjolkan keupayaan untuk dikenali dengan mudah.

Antara ciri-ciri utama menonjol ialah rekaan dalaman serba boleh dan luas, hasil daripada ketiadaan tiang B.
Pendekatan ini memberikan pandangan yang lebih luas apabila pintu depan dan belakang dibuka sepenuhnya.
Selain itu, pintu di bahagian penumpang depan dan belakang pula dilengkapi dengan rekaan bukaan pintu gelangsar, manakala pintu belakang kiri juga merupakan pintu gelangsar, memudahkan akses ke dalam kabin.

Dilengkapi dengan teknologi lidar, MIX menyokong sistem pemanduan autonomi bandar yang canggih.
Di bahagian dalam, kerusi hadapan boleh dipusingkan menghadap ke belakang, mewujudkan suasana interaksi lebih mesra di dalam kenderaan.
Bukan itu sahaja, konsol armrest tengah juga boleh dipindahkan dan ditukar menjadi meja kecil. Kerusi belakang pula menawarkan penyangga kaki serta boleh dilaraskan kepada posisi berbaring, sama seperti kerusi dalam Zeekr 7X.

Susun atur papan pemuka menyerupai model 7X, dilengkapi skrin kawalan pusat berbentuk segi empat, panel instrumen separuh bulat, dan paparan AR-HUD.
Dari segi prestasi, Zeekr MIX dikuasakan oleh motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang, dengan output maksimum 422hp.
Dilengkapi dengan bateri 77kWh, MIX menawarkan radius pusingan kurang daripada 5 meter, menjadikannya mudah untuk dikendalikan di ruang yang sempit.
Dengan pelancaran Zeekr MIX ini, Zeekr menyasarkan untuk memperkukuhkan jenama mereka dengan menawarkan MPV yang serba boleh, bergaya, dan dipenuhi teknologi canggih.



