Buletin

ZURICH MALAYSIA MUDAHKAN PEMBAHARUAN CUKAI JALAN/INSURANS GUNA KIOSK

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lebih dua juta cukai jalan tidak diperbaharui akibat penutupan kaunter JPJ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam usaha untuk memudahkan pembaharuan cukai jalan serta mengurangkan jumlah kenderaan yang tidak diinsuranskan di atas jalan raya, Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich General Insurance) bekerjasama dengan Finology Sdn Bhd (Finology) dan rakan sekutunya PayLink Global (M) Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan raya dan pembelian insurans kenderaan melalui kiosk.

Ini merupakan kerjasama yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Melalui kerjasama strategik ini, pengguna jalan raya di Malaysia akan menikmati kemudahan bagi memperbaharui cukai jalan atau membeli insurans kenderaan untuk kereta dan motosikal mereka.

Terdapat kira-kira 250 kiosk Payquik tersedia di seluruh negara di lokasi strategik. Antaranya di pejabat syarikat utiliti, pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat memanfaatkan masa mereka apabila keluar untuk membayar bil atau membeli-belah.

“Dengan hampir semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi semula, kami memahami pentingnya mempunyai cukai jalan dan insurans kenderaan yang sah supaya rakyat Malaysia dapat pergi kerja dengan tenang. Ini kerana tempoh pengecualian pembaharuan akan berakhir tidak lama lagi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance, Junior Cho.

Menurut statistik JPJ dari tahun 2018, terdapat kira-kira 29 juta kenderaan berdaftar di Malaysia. Dari jumlah ini, hanya 19 juta kenderaan yang memperbaharui cukai jalan setiap tahun. Dianggarkan 95 peratus mereka yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh ialah motosikal.

“Masih ramai pengguna yang lebih gemar membayar menggunakan wang tunai atau tidak memiliki kad kredit. Justeru, pembelian insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan melalui kiosk adalah alternatif terbaik.

“Tambahan pula, kiosk ini tersedia 24 jam yang membolehkan pelanggan membuat pembelian atau pembaharuan mengikut keselesaan mereka,” jelas Pengarah Urusan Finology, Jared Lim.

Kerjasama terbaharu ini adalah untuk mempromosikan financial inclusion dan menawarkan liputan menyeluruh kepada rakyat Malaysia.

Pada tahun 2019, Zurich dan Finology bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan pembelian insurans dalam talian end-to-end kepada pelanggan melalui platform Finology iaitu loanstreet.com.my

Google ads
Back to top button