Buletin

HONDA S660 MULA DIJUAL DI JEPUN

Honda Motor Co., Ltd. semalam mengumumkan bahawa ia akan mula menjual model sports dua tempat duduk Honda S660 serba baharu pada 2 April depan di pasaran Jepun.

honda-s660-japan-mekanika (13)

Sempena pelancaran tersebut, Honda juga akan menjual model terhad S660 CONCEPT EDITION sebanyak 660 unit sahaja. Dengan tema “Heart Beat Sport”, S660 merupakan sebuah kereta sports sebenar dan  mampu menawarkan pemanduan yang mengujakan.

honda-s660-japan-mekanika (17)

S660 mengadaptasi pacuan roda belakang dengan kedudukan enjin berada di tengah kenderaan (MR). Rekaan ini memberikannya titik graviti yang rendah dan keseimbangan berat 45-55. Ia bagi menyediakan prestasi yang cemerlang, terutama ketika mengambil selekoh.

honda-s660-japan-mekanika (5)

Jentera kompak ini dijana oleh enjin DOHC Turbo tiga silinder yang turut digunaan pada model-model N-Series. Berupaya menghasilkan kuasa mencecah 64hp dan tork 104Nm ia pasti tidak berdepan sebarang masalah untuk menggerakkan tubuh S660 yang hanya seberat 830 kilogram.

honda-s660-japan-mekanika (10)

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan yang Honda dakwa sebagai yang pertama pada sebuah kenderaan mini. Jika kurang gemar menukar gear secara manual, transmisi CVT tujuh kelajuan yang lengkap bersama paddle shifter ada ditawarkan.

honda-s660-japan-mekanika (4)

Berpaksikan kepada konsep rekaan “energetic bullet,” badan S660 dibina rendah dengan tayar lebar disisip kemas di keempat-empat penjurunya. Sementara bahagian dalaman pula menawarkan ambien seperti sebuah kereta sports sebenar.

honda-s660-japan-mekanika (1)

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, badan S660 yang kukuh dan ringan itu dilengkapi beg udara hadapan dan sisi. Ia juga dipasang dengan sistem Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan Emergency Stop Signal System.

honda-s660-japan-mekanika (2)

S660 ditawarkan pada harga ¥1.8 juta (RM56,000) sehingga ¥2.3 juta (RM74,000) untuk versi S660 Concept Edition. Lebih menarik lagi, S660 tampil dengan pilihan warna yang ceria seperti kuning, merah, putih, kelabu dan hitam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button