Motosikal

YAMAHA XV950 RACER

Rangkaian model Yamaha Sport Heritage dilihat semakin mantap apabila jentera Yamaha XV950 Racer mula diperkenalkan.

Yamaha- XV950-Racer-2015-mekanika (2)

Disasarkan untuk penunggang yang mahukan sebuah motosikal unik, memiliki karekter dan sporty, jentera tersebut menggabungkan gaya tunggangan enjin V-Twin yang rendah bersama gaya café racer.

Yamaha bekerjasama rapat dengan beberapa orang pakar custom di Eropah untuk membangunkan XV950 Racer yang dikenali sebagai siri Yard Built Specials. Versatiliti da potensi custom  XV950 diserlahkan menerusi model Boltage, sebuah model street racer yang dibina oleh Christian serta Raphael Bender.

Yamaha- XV950-Racer-2015-mekanika (1)

Sementara inspirasi XV950 Racer baharu pula datang daripada model café racer ‘El Ratón Asesino’ yang dihasilkan oleh pakar custom dari Jerman, Marcus Walz.

Enjin V-Twin dengan sistem penyejukan udara itu dipadankan dengan kerangka kompak yang menawarkan pengendalian lincah. Pastinya, gayaan XV950 Racer yang kasar, minimalis dan original ini memang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.

XV950 Racer  dijangka memasuki pasaran Eropah pada Mei 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button