Buletin

MASIHKAH DIKAU INGAT? SSYANGYONG STAVIC?

Jenama SsangYong walaupun sudah tidak beroperasi lagi di dalam negara tetapi model-modelnya masih banyak di atas jalan raya. Salah satu sebab ialah model ini dikuasakan oleh enjin Mercedes-Benz yang terkenal dengan tahan lasak.

Walaupun harga model terpakai tidak berapa baik tetapi ia tetap kelihatan gah di atas jalan raya. Ini kerana reka bentuk SsangYong memang tidak akan sama dengan jenama lain.

SsangYong mempunyai identiti tersendiri dan salah satu model yang begitu terkenal dengan reka bentuk unik ialah Stavic.

Tahukah anda Stavic direka berdasarkan reka bentuk kapal persiar? Agak susah untuk dihadam kenapa Stavic berbentuk Stavic tetapi ia tetap menjadi pilihan memandangkan saiznya yang boleh memuatkan ramai penumpang.

Stavic generasi pertama ditamatkan produksi pada tahun 2013. Agak lama memandangkan ia dikeluarkan pada tahun 2004. 

Model generasi kedua dipertontonkan pada tahun 2013 dan kini sudah hampir lima tahun berada di pasaran. Walaupun sudah lama tidak beroperasi di dalam negara, SsangYong masih ditawarkan di UK dengan nama Turismo.

Kenapa nama Turismo? Ini kan nama untuk kereta sport? Kenapa letak pada MPV?

Entah.

Stavic atau Turismo yang mampun memuatkan tujuh penumpang kini menerima beberapa kemaskini baharu. Nampak kemas dan moden.

Model facelift ini didatangkan dengan bahagian depan baharu dan beberapa penambahan seperti lampu LED dan gayaan lebih sofistikated dan menyerlah.

Di bawah ialah ciri-ciri SsanggYong Turismo facelit:

  • Dikuasakan oleh enjin 2.2 liter diesel
  • Varian paling atas iaitu Turismo ELX dilengkapi pilihan pacuan empat roda, transmisi tujuh kelajuan Mercedes-Benz, kawalan jelajah, sensor dan kamera undur, cermin belakang privasi, roda aloi 16 inci, rel bumbung, kerusi depan dengan pemanas, sensor penggilap cermin dan lampu depan automatik
  • Turismo memang besar, dengan saiz lebih daripada lima meter dan jarak roda tiga meter, MPV ini lebih besar daripada pesaing lain
  • Kerusi untuk tujuh penumpang dengan ruang yang selesa untuk simpanan barang
  • Saiz simpanan barang daripada 875 liter hingga 3,146 liter bergantung kepada jumlah penumpang
  • Kapasiti tunda sehingga 2.7 tan – sesuai untuk tarik karavan, treler kuda atau bot
  • Satu lagi perkara menarik ialah suspensi depan jenis double wishbone manakala belakang pula jenis multilink untuk keselesaan ala kereta penumpang

Di UK, SsangYong Turismo dijual pada harga GBP 20,495 (RM 109,240) untuk model 2WD SE dan GBP 26,995 (RM 143,899) untuk model ELX 4WD.

Harga ini memang murah habis, boleh dapat dua buah Toyota Vellfire Transformer di negara kita.

BACA: MEMPERSEMBAHKAN SSANGYONG REXTON BAHARU

BACA: SSANGYONG LANCAR TRAK PIKAP REXTON SPORTS DI KOREA SELATAN –HARGA BERMULA RM88,800

Google ads
Back to top button