Artikel Pilihan

10 ENJIN DAN SISTEM TRENKUASA INI DIPILIH SEBAGAI PEMENANG WARDS AUTO 2022

Sistem trenkuasa elektrifikasi merupakan salah satu calon pemenang 10 Best Engines & Propulsion Systems dengan 7 kereta elektrik dinilai, 5 daripadanya merupakan kereta elektrik sepenuhnya, 2 adalah hibrid dan 3 lagi merupakan enjin pembakaran dalam telah dipilih sebagai pemenang bagi tahun 2022

Pemenang ini dipilih daripada 29 kenderaan yang dinilai terdiri daripada 11 kereta elektrik, 4 PHEV dan 2 kereta hibrid. Bagi kenderaan pembakaran dalam, 12 enjin telah dinilai daripada 7 enjin 4 silinder, 2 enjin 6 silinder, 2 enjin V8 dan 1 enjin 3 silinder

Pemenang tahun 2022 akan dipilih berdasarkan kuasa yang dihasilkan, tork yang dijana, nilai NVH, kecekapan tenaga dan juga teknologi baru yang diperkenalkan. Pemenang Wards 10 Best Engine & Propulsion System adalah seperti berikut mengikut susunan abjad

1. Acura Integra A-Spec – 1.5L Turbocharged DOHC 4 Silinder

2. Ford F-150 Lightning – Electric Propulsion System

3. GMC Hummer EV – Electric Propulsion System

4. Hyundai IONIQ 5 – Electric Propulsion System

5. Lucid Air – Electric Propulsion System

6. Mercedes-Benz AMG EQS – Electric Propulsion System

7. Nissan Rogue – 1.5L Variable-Compression Turbocharged DOHC 3-Cyl.

8. Stellantis Jeep Grand Cherokee 4xe – 2.0L Turbocharged DOHC 4-Cyl. PHEV

9. Stellantis Jeep Grand Wagoneer – 3.0L Turbocharged DOHC I-6

10. Toyota Tundra i-FORCE MAX – 3.5L Turbocharged DOHC V-6 HEV

Ironinya 2 daripada sistem trenkuasa ini merupakan trenkuasa elektrik dijual di Malaysia iaitu Hyundai Ioniq 5 yang dijual dengan harga permulaan RM 199,888 sehingga RM 259,888 dengan jarak perjalanan sehingga 420km. Satu lagi model yang dijual di sini ialah Mercedes-Benz AMG EQS yang dijual dalam 2 varian samaada 450+ atau 500 dengan harga sekitar RM 649,000.

Google ads
Back to top button