Artikel Pilihan

PORSCHE 917K DARI FILEM LE MANS INI BERNILAI RM66 JUTA!

RM66 juta tuan-tuan. Memang anda semua tak salah baca. Itulah harga jangkaan dalam sesi lelong Porsche 917K yang dipandu oleh Steve McQueen dalam filem Le Mans ini.

Sebut pasal McQueen mesti ramai kaki kereta yang minat sangat dengan filem klasik Bullit lakonan beliau kan. Tapi sebelum membintangi filem tersebut McQueen memang dah lama nak lama nak menghasilkan sebuah filem bertemakan perlumbaan. Ye lah mamat ni pun memang kaki lumba kereta.

Sekitar tahun 60an, McQueen memulakan projek filem bertemakan perlumbaan Formula Satu bertajuk ‘Day of the Champion’ tetapi gagal direalisasikan akibat beberapa masalah yang timbul. Hanya selepas Bullit barulah impian beliau untuk menghasilkan filem perlumbaan berhasil.

Filem Le Mans ini pun nyaris gagal akibat masalah kewangan dan produksi tetapi syukurlah ia berjaya disiapkan dan menjadi sebuah filem klasik perlumbaan dengan beberapa siri shot yang diambil dari perlumbaan Le Mans 24jam sebenar tahun 1970. Korang dah ada ke masa tu?

Kini pada pertengah tahun 2021, sebuah jentera perlumbaan sebenar dari filem Le Mans muncul untuk sebuah acara lelongan. Buah pinggang ada lebih tak? Kereta yang dimaksudkan ialah sebuah Porsche 917K short-tail asal dengan kemasan Gulf yang ikonik. Untuk memastikan keaslian filem terpelihara, filem Le Mans menggunakan jentera perlumbaan sebenar dan bukannya replika filem. Err.. yang dalam filem Ford vs Ferrari tu replika Ford GT40 dan Ferrari 275 GTB okey.

Sebelum digunakan oleh McQueen dalam filem Le Mans, Porsche ini digunakan oleh David Hobbs dan Mike Hailwood dalam perlumbaan Le Mans 24 jam 1970 tetapi terpaksa bersara pada pusingan ke 49 selepas terbabas dalam hujan.

Selepas digunakan dalam filem Le Mans, 917K ini sekali lagi diperbaiki oleh Porsche dan kali ini ditukar badan kepada versi 917 Spyder. Ia berlumba lagi selama tiga musim dan bertarung dengan penuh bergaya sebelum bersara wajib pada tahun 1974.

Pada tahun 2012, ia telah direstorasi sepenuhnya kepada bentuk coupe Le Mans asal lengkap dengan kemasan Gulf dan enjin asal 5.0L flat-12 yang mampu menghasilkan sekitar 580 hp kuasa.

Jentera lagenda ini bakal dilelong bulan Ogos depan oleh RM Sotheby dan dijangka terjual dengan harga sekitar USD16-18.5 juta. Sekampung buah pinggang belum tentu cukup ni tuan-tuan.

Google ads
Back to top button