Motosikal

JENTERA ELEKTRIK ENERGICA EGO+, RIBELLE DAN ESSEESSE 9+ MASUK PASARAN SINGAPURA

Pengeluar motosikal elektrik, Energica memasuki pasaran Singapura sejajar negara terbabit yang ingin melestarikan penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Syarikat berasal dari Itali itu akan menawarkan tiga model iaitu Energica Ego+, Ribelle dan EsseEsse 9+.

Motosikal elektrik Energica akan dijual pada harga: –

  • Ego+ –  SGD$80,800 (RM249,548)
  • Ribelle – SGD$74,400 (RM229,782)
  • EsseEsse 9+ – SGD$51,000 (RM157,512)  

Jentera berkenaan tergolong dalam kelas lesen Kelas 2 dikhaskan untuk motosikal elektrik berkuasa lebih 80 kilowatt atau 107 hp di negara terbabit.

Menurut Ketua Operasi Ifyni, Eugene Mah, jenama Energica masih dalam peringkat awal memasuki pasaran Singapura.

“Singapura menyasarkan meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik menjelang 2040 tetapi tumpuan adalah pada pengangkutan seperti kereta api dan bas.

“Bagaimanapun, terdapat keperluan motosikal elektrik dalam ekosistem pengangkutan tetapi bergantung kepada infrastruktur pengecasan,” katanya.

Ifyni merupakan pengedar rasmi jenama Energica di rantau Asia Tenggara. –rideapart

Google ads
Back to top button