Artikel Pilihan

10 KERETA TERMAHAL DARI LAYAR PERAK

Dalam dunia ni memang banyak kereta mahal tapi sama macam kita semua juga tidak semua berpeluang beraksi di layar perak. Kereta-kereta ini tidak perlu mempamerkan lakonan yang mantap ataupun menghadiri kelas-kelas lakonan tetapi nilai mereka melambung tinggi selepas membintangi filem-filem terkenal Hollywood. Tapi apasal kat Malaysia tak jadi macam tu ek? Tak pernah pulak dengar kereta-kereta yang pernah muncul dalam filem Malaysia dijual dengan harga gadai buah pinggang.

Mari kita tengok sepuluh kereta termahal yang pernah muncul dan beraksi di layar perak.

  1. Shelby Mustang GT500 1967 (Gone In 60 Seconds) – USD1 juta

Kereta yang diberi nama jolokan Eleanor ini muncul pertama kali dalam filem keluaran asal tahun 1974 sebelum diberi nafas baru sekali lagi dalam filem yang sama tahun 2000. Lakonan mantap aktor Nicholas Cage bersama Eleanor dalam file mini memang membuatkan naluri pemandu membuak-buak dalam sanubari penonton walaupun penjahatnya alahai macam pondan tu je. Bayangkan seorang ketua penjahat yang hobinya bertukang kayu. Tak padan dengan hero yang sangat

‘taff’. Apapun Shelby Mustang ini berjaya dijual dengan harga USD1 juta selepas filem ini ditayangkan.

  • Porsche 911S (Le Mans) – USD1.37 juta

Generasi baru mungkin tidak berminat dengan filem-filem kereta klasik seperti Le Mans ni. Ini mungkin tidak mempunyai rencah untuk menarik golongan muda seperti The Fast and The Furious tapi lakonan Steve McQueen memang mempunyai keajaiban tersendiri. Disebabkan Porsche ini dipandu oleh McQueen dalam filem ini, kereta yang berkuasa dan elegan ini berjaya dijual dengan harga USD1.37 juta dalam satu lelongan di Scottsdale, Arizona.

  • Aston Martin DB10 (Spectre) – USD3.41 juta

Kalau dah namanya kereta James Bond, mana pernah jatuh harga. Kali ini model DB10 yang digunakan oleh Daniel Craig terus menjadi rebutan pengumpul dengan harga melebihi USD3 juta. Alah tak korang tak kenal kereta yang paling terkenal dan sentiasa muncul dalam iklan DVD cetak rompak ni. Ni dah kira macam klasik segera kan?

  • Mustang GT390 1968 (Bullitt) – USD3.7 juta

Sebuah lagi kereta yang pernah digunakan oleh Steve McQueen dan kali ini dalma filem Bullitt. Kereta yang berkualiti dan dipandu pula oleh seorang aktor yang memang seorang pelumba memang gandingan yang cukup baik. Hasilnya ialah kereta paling terkenal dalam filem dan terjual dengan harga yang cukup lumayan.

  • Aston Martin DB5 (Goldfinger) – USD 4.6 juta

Ini dia kereta Bond yang paling mahal dan terkenal. Jika DB10 kelihatan cukup moden dan sofistikated, DB5 ini pula sangat elegan dan mempunyai kelas yang tersendiri. Letak dalam garaj nampak cantik, letak dalam rumah pun lagi cantik.

  • Batmobile (Batman) – USD 4.62 juta

Sebenarnya setiap kali siri ataupun Batman baru muncul, Batmobile yang berbeza akan diperkenalkan. Mana satu yang paling mahal pernah dilelong? Versi terbaru ataupun versi Tim Burton? Dua-dua salah sebab Batmobile original keluaran tahun 60-an adalah yang termahal pernah dijual dengan harga USD 4.62 juta. Kereta ini pada asalnya ialah sebuah model konsep Lincoln Futura 1955 tetapi ia telah dipilih sebagai Batmobile dan selebihnya terus menjadi sejarah.

  • Ferrari 250 GT LWB Berlinetta 1956 (The Love Bug) – USD 6.71 juta

Bila sebut filem Disney, The Love Bug keluaran tahun 1968 tentu ramai yang menyangka ianya sebuah Volkswagen Beetle. Tapi sebenarnya banyak kereta lain yang muncul dalam filem tersebut dan salah satunya ialah Ferrari ini. Kereta ini sebenarnya bukanlah watak utama yang kerap muncul dalam filem tersebut tetapi rezekilah agaknya ia akhirnya berjual di jual dengan harga USD 6.71 juta dalam satu lelongan di Monterey, California.

  • Shelby Cobra Daytone Coupe 1965 (Redline) – USD 7.25 juta

Ini antara tiga kereta termahal dari layar perak. Shelby Cobra Daytona Coupe ini juga digunakan oleh Steve McQueen (dia lagi) dan kali ini untuk filem Redline 7000. Inilah satu-satunya kereta lumba AS yang berjaya mengatasi Ferrari dan memikat hati ramai peminat bila ia muncul dalam filem tersebut. Dengan harga USD 7.25 juta ia sebenarnya merupakan kereta AS paling mahal pernah terjual di acara lelongan.

  • Ford GT40 Gulf 1968 (Le Mans) – USD 11 juta

Ini dia pemecah rekod sejati. Ia berjaya dijual pada lelongan tahun 2012 dengan harga tak masuk akal USD 11 juta! Kenapa ada orang sanggup bayar sebanyak tu untuk kereta seganas ini? Faktor utama tentulah Steve McQueen dan filem Le Mans. Lagi satu ia merupakan kereta pertama yang dihasilkan menggunakan serat karbon agar lebih ringan dan berkuasa jadi kelajuan dan gaya juga merupakan kelebihannya.

  1. Porsche 917K 1970 (Le Mans) – USD 14 juta

Ini dia juara sejati kategori kereta termahal dari layar perak, Porsche 917K 1970. Juga pelakon utama Le Mans bersama Steve McQueen dan merupakan kereta poster untuk filem tersebut. Menariknya kereta ini menghilang selama hampir 25 tahun selepas filem tersebut ditayangkan dan kemudian ditemui di sebuah gudang di Perancis pada tahun 2001. Ia kemudian berjaya dijual di lelongan Monterey dengan harga USD 14 juta boh.

Tags
Google ads
Back to top button