" "
Buletin

10 TIPS DAPAT LEBIH NILAI JUALAN SEMULA KERETA ANDA

Sebagai pemilik kenderaan, akan sampai satu masa memikirkan untuk menjual semula kenderaan.

Ia kemungkinan disebabkan penambahan ahli keluarga ataupun mahu membeli model kenderaan lain yang lebih selesa.

Bagaimanapun, persoalan yang akan muncul dalam fikiran adalah berapa nilai kenderaan ingin dijual tersebut?

Secara umum, nilai kenderaan baharu akan susut sebanyak 20 peratus pada tahun pertama!

Justeru, sebelum menjual kereta anda, terdapat 10 tips yang boleh membantu meningkatkan nilai jualan semula kenderaan.

Pilih Kenderaan Memiliki Nilai Jualan Semula Tinggi dan Ciri-Ciri Keselamatan

  • Apabila ingin membeli kereta, pilih kenderaan yang memiliki jenama popular, boleh dipercayai serta dilengkapi ciri-ciri menarik.
  • Selain itu, pastikan kenderaan tersebut mudah akses ke pusat penyelenggaraan untuk memastikan nilai jualan semula lebih tinggi.
  • Antara model terkenal di negara ini merupakan Perodua Myvi, Honda Civic dan Toyota Vios.
  • Dalam pada itu, ciri-ciri keselamatan seperti sistem amaran titik buta, kamera mengundur dan sensor parkir turut membantu dalam melonjak nilai jualan semula kenderaan.
  • Ciri-ciri keselamatan lain termasuk ABS, Electronic Brake Distribution (EDB) dan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

 Pilih Kiraan Waranti Lebih Lama

  • Waranti mungkin tidak menjadi keutamaan ketika membeli atau menjual kenderaan.
  • Bagaimanapun, ia mampu dijadikan aset.
  • Bahkan, waranti lanjutan perlu dipertimbangkan jika ia dapat menjamin melindungi komponen utama seperti enjin dan transmisi.

Keselamatan dan Penyelenggaraan

  • Apabila menjual kenderaan, memandu dengan selamat tanpa kemalangan besar boleh meningkatkan peluang memperoleh nilai jualan semula lebih baik.
  • Penyelenggaraan dan penjagaan kenderaan juga memainkan peranan penting kerana mempunyai status penyelenggaraan baik.

Perbatuan Rendah

  • Perbatuan kenderaan memberi gambaran mengenai kereta anda.
  • Biarpun, kenderaan anda dalam keadaan baik tetapi jika perbatuan mencecah 100,000 km, nilai jualan semula akan menjunam.
  • Kalau hendak menjual kenderaan, pastikan ia dalam perbatuan antara 80,000 hingga 90,000 km.

Modifikasi dan Kustom Dengan Cermat

  • Tidak dinafikan ada pemilik kenderaan gemar melakukan modifikasi ataupun kustom kenderaan mereka.
  • Bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan berpada-pada kerana tindakan anda mampu memberi impak apabila ingin menjual semula kenderaan.
  • Modifikasi yang berupaya memberi nilai tambah dalam jangka panjang adalah seperti sistem infotainmen moden, tinted ataupun tempat duduk kulit berkualiti.

Peka Terhadap Tanda Amaran dan Komponen

  • Tidak peduli tanda amaran ataupun menggantikan komponen rosak pada kenderaan anda boleh mengundang kemerosotan nilai jualan semula kereta.
  • Justeru, pastikan sentiasa peka apabila tanda amaran menyala dan menggantikan komponen rosak.

Sentiasa Pastikan Kenderaan Bersih

  • Ia sangat penting dalam memastikan keadaan luaran dan dalaman sentiasa bersih.
  • Paling teruk, pastikan kenderaan dicuci sebulan sekali dan sentiasa menjaga ruang dalaman.
  • Siapa yang hendak membeli kenderaan jika keadaan dalaman busuk dan kotor.

Perincian

  • Para pembeli akan lebih tertarik kepada kenderaan yang berkilat dan tiada cacat cela.
  • Justeru, pastikan kenderaan bebas daripada kemek mahupun calar untuk nilai jualan semula lebih tinggi.

Penjagaan Tayar dan Rim

  • Jangan terlupa mengenai tayar dan rim kerana ia mampu meninggalkan impak kepada bakal pembeli.
  • Pastikan tiada kerosakan pada tayar dan rim.

Simpan Rekod dan Dokumen

  • Agak sukar untuk menjual kenderaan jika tidak memiliki dokumen untuk urusan jual beli.
  • Justeru, sentiasa menyimpan dengan rapi dokumen seperti geran kenderaan, dokumen pendaftaran, sejarah pemilik kenderaan, invois penyelenggaraan dan buku log penyelenggaraan.
  • Dokumen-dokumen berkenaan amat penting untuk menyakinkan anda pemilik sah kenderaan terbabit.

Bagi yang ingin menjual kenderaan, 10 tips berkenaan dapat memberi garis panduan untuk membantu memperoleh nilai jualan semula lebih baik. – carsome.my

Google ads
Back to top button