,
Buletin

KILANG HONDA PRACHINBURI, THAILAND GUNA TEKNOLOGI ARC. LEBIH EFISIEN DAN MESRA ALAM

Kilang pemasangan Honda di Prachinburi dibuka secara rasmi pada Mei 2016. Melibatkan pelaburan mencecah 17.15 bilion (RM2.35 bilion), kilang yang terletak di Taman Industri Rojana itu dilengkapi pelbagai teknologi produksi bercekapan tinggi dan mesra alam. 

Teknologi tersebut nyata membantu Honda dalam menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi untuk dihantar ke pasaran ASEAN, Asia Barat dan beberapa negara lain di seluruh dunia. 

Harus tahu bahawa kilang itu mewarisi teknologi dan ciri mesra alam seperti yang ada di kilang termaju Honda di Yorii, Jepun. 

Sebagai salah sebuah kilang penting yang mampu mengeluarkan 120,000 unit setahun, Honda mengadaptasi teknologi cara pemasangan sel (Assembly Revolution Cell) atau lebih dikenali sebagai ARC. 

Menjadi inovasi yang pertama seumpamanya di dunia, sistem ARC pada saluran pengeluaran itu berupaya meningkatkan kecekapan sehingga 10 peratus berbanding kaedah konvensional. Sistem ARC dapat mengurangkan pergerakan yang tidak perlu oleh para pekerja. 

Unit ARC terdiri daripada sebuah conveyor yang berfungsi menggerakkan komponen dalam jumlah tepat. ARC turut dibantu oleh satu lagi sistem iaitu PLUTO yang berperanan mengurangkan tahap kesilapan pemasangan terutama melibatkan sesetengah bahagian yang kompleks. 

Kedua-dua sistem itu kemudian disempurnakan lagi dengan sistem DISC yang berfungsi memastikan bekalan alat ganti yang betul dalam setiap fasa pemasangan kepada pekerja. 

Selain ARC, kilang itu juga mengadaptasi sistem water conveyor pada saluran kimpalan. Water conveyor ini mengitar semula air yang telah digunakan untuk menyejukkan proses pengeluaran di kilang. 

Honda menggunakan cat berasaskan air yang lebih mesra alam. Cat tersebut membolehkan Honda mengadaptasi formula 3-coat/2-bake, bermakna proses salutan tengah tidak diperlukan. Sekali gus mengurangkankan emisi CO2 dan sebatian organik berbahaya (VOC). 

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik pula, Honda mengetengahkan inovasi bumbung skylight. Bumbung cerah itu membolehkan cahaya matahari terus masuk ke dalam kilang dan menerangi kawasan kerja tanpa memerlukan lampu pada waktu siang. 

Ruang kerja disejukkan menerusi penggunaan sistem ventilasi dan kipas jet pada bahagian bumbung kilang. Sistem itu mampu menyejukkan suhu dan melancarkan aliran udara tanpa perlu bergantung kepada sistem pendingin hawa. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button