
PIHAK BERKUASA TAK BAIKI JALAN, 100 KELUARGA GUNA DUIT SENDIRI NAIK TARAF JALAN, ELAK DITENGGELAMI BANJIR
100 keluarga di Daerah 12, Bandar Raya Ho Chi Minh mengumpulkan wang sendiri untuk membaiki sebatang jalan daripada terus dilanda banjir selepas pihak berkuasa berhenti membaikinya.
Sejak musim hujan melanda selatan Vietnam April lalu, sepanjang 400 meter Jalan An Phu Dong 35 telah dinaiki air.

Pengerusi persatuan penduduk setempat, Vo Thi Ngoc Lan berkata, jalan itu terus ditenggelami air kerana tidak mempunyai sistem perparitan.
Selain itu, faktor kepadatan lalu lintas, ditambah dengan air bertakung menyebabkan kualiti jalan merosot dengan cepat.
Tambahnya, dia pernah mencadangkan supaya Majlis Daerah 12 menggunakan bajet tersedia untuk menaik taraf jalan tersebut tetapi ditolak oleh pihak pentadbiran dengan alasan kekurangan dana.
Kesemua 114 keluarga yang terjejas bagaimanapun, bersetuju untuk menyumbang wang mereka sendiri bagi menaik taraf jalan raya tersebut. – Kosmo Online
- BACA: NETIZEN TERKEJUT PENGAMEN MILIKI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI – “KEJAYAAN PEMUZIK JALANAN”
- BACA: CUKAI JALAN FIZIKAL MASIH DIKELUARKAN, MOT ARAH JPJ TURUN NOTIS
- BACA: PASRAH MOTOSIKAL DISITA, RIDER FOOD PANDA BERJALAN KAKI RAIH SIMPATI NETIZEN, TAWAR BANTUAN
- BACA: HONDA UNI-ONE, BANTU MANUSIA BERGERAK TANPA BERJALAN