Buletin

JUSTIN BIEBER KENA BLACKLIST BELI FERRARI. TAK IKUT KOD ETIKA DITETAPKAN FERRARI

Ferrari menyenaraihitamkan ikon pop terkenal dunia, Justin Bieber daripada memiliki jentera jenama berkenaan.

Pengeluar supercar Itali itu mengambil langkah terbabit selepas Bieber dikatakan tidak mengikut kod etika ditetapkan Ferrari.

Bieber diketahui umum telah membeli beberapa supercar eksklusif termasuk Ferrari LaFerrari dan Ferrari 458 Italia tetapi jentera-jentera berkenaan ‘menderita’ ketika dalam milikan penyanyi tersebut.

Ferrari menjelaskan kepada setiap pemilik jenama kenderaan itu bahawa mereka sama sekali tidak boleh ‘mencacatkan’ kenderaan dimiliki mereka.

Pemilik Ferrari tidak dibenarkan mengubah suai enjin, melakukan apa-apa jenis pengubahsuaian badan atau mengecat kenderaan dengan warna biru (Florida Stripper Blue), merah jambu ataupun tema Pokemon.

Pengeluar kenderaan itu terlebih dahulu perlu meluluskan sebarang pengubahsuaian sebelum ia dilakukan oleh para pemilik.

Bagaimanapun, Bieber yang memiliki Ferrari 458 Italia telah mengecat supercar berkenaan dengan sentuhan warna Electric Blue dan mengubahsuai menggunakan kit Liberty Walk.

Lebih buruk lagi, lencana kebanggaan Ferrari pada kenderaan itu turut diwarna Electric Blue.

Bieber kini tergolong dalam senarai hitam Ferrari termasuk Kim Kardashian dan Nicolas Cage. – carbuzz

Google ads
Back to top button