POLIS TAHAN PEMANDU KERETA KLON, KEJAR SEHINGGA 100 KM
Seorang lelaki dipercayai menggunakan kereta klon ditahan polis selepas melarikan diri kira-kira 100 kilometer di daerah Dungun.
Suspek berusia lingkungan 30-an berjaya ditahan pada pukul 1.30 tengah hari di Kampung Che Lijah selepas polis berjaya memintas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream dipandunya, manakala rakannya berjaya melarikan diri.
Menurut laporan, suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran Gambang, Kuantan, Pahang.
Suspek bertindak memecut laju kenderaannya sebaik sahaja anggota polis bertugas mengarahkannya memberhentikan kenderaan.
Lelaki tersebut kemudiannya memecut laju kenderaannya keluar dari Plaza Tol Cheneh dan melalui Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman sebelum berjaya dipintas di Kampung Che Lijah.
Hasil semakan mendapati kenderaan yang dipandu suspek didaftarkan atas nama individu lain selain, nombor enjin kenderaan juga dipercayai telah diubahsuai.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, lelaki tersebut bersama kenderaan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
- BACA: SINDIKET GUNA PLATFORM MEDIA SOSIAL JUAL KERETA KLON. HARGA TAK MASUK AKAL BAWAH RM20,000
- BACA: SINDIKET KERETA KLON TUMPAS. 19 KENDERAAN DIRAMPAS BERNILAI RM3.5 JUTA
- BACA: KERETA KLON TERBAIK DARI CHINA. JANGAN BACA KALAU ADA ASMA
- BACA: BARU 4 HARI MELARAM, KERETA KLON BMW 320i MILIK PENIAGA KOSMETIK DISITA