
LORI BAWA BARANG PROMOSI 11.11 MUSNAH TERBAKAR. SIAPA PUNYA BARANG AGAKNYA DALAM TU
Sebuah lori lima tan yang dipercayai membawa barang promosi Lazada 11.11 musnah dalam kebakaran berhampiran D’alamanda Jalan Impian Cheras, Kuala Lumpur.
Kebakaran pada bahagian belakang lori terbabit menyebabkan barang yang baru diambil dari pembekal untuk dibawa ke pusat pengumpulan operasi itu musnah.
Komander Operasi Kanan, Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.34 petang.
“Sebaik tiba di lokasi pihak bomba mendapati api sedang marak pada bahagian belakang lori lima tan itu.
“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian dan 60 peratus barang musnah dijilat api,” katanya.
Beliau memberitahu, hasil siasatan awal, pemandu lori berkenaan mendakwa bau hangit ketika dia membuka pintu untuk menyimpan barang sebelum tiba-tiba api merebak.
“Kebanyakan barang dalam lori tersebut mudah terbakar menyebabkan api cepat marak.
“Antara barang yang musnah adalah pakaian, peralatan permainan kanak-kanak dan lain-lain,” ujarnya.
Tambah beliau, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO!
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: BELUM SEMPAT MOHON BANTUAN BAITULMAL, MOTOR PULA TERBAKAR
- BACA: TRAGEDI LORI TANGKI PETROL MELETUP.11 TERBUNUH DAN 50 CEDERA
- BACA: REV ENJIN SAMPAI EKZOS BERAPI, NISSAN GT-R INI AKHIRNYA TERBAKAR. NASIB BAIK RAMAI TOLONG PADAMKAN API





