Artikel Pilihan

3 PERKARA PENTING DALAM PENJAJARAN TAYAR

Penjajaran tayar? Apa benda tue? Penjarakan sosial tau la kan. Penjajaran tayar ataupun dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai tyre alignment bermaksud tetapan atau adjustment berkala yang perlu dibuat pada tayar depan bagi memastikan sudut tayar depan berada dalam parameter yang telah ditetapkan oleh pengeluar

Biasanya penjajaran tayar akan diperiksa setiap 10,000km sekali atau setiap kali kita melakukan servis menukar minyak enjin. Tapi sekiranya anda mendapati stering kereta anda menjadi pelik, mungkin anda perlu memeriksa penjajaran tayar kereta anda di kedai tayar yang menyediakan perkhidmatan penjajaran.

Bagi memeriksa penjajaran tayar, kereta perlu diletakkan di atas mesin penjajaran tayar dengan semua tayar akan dipasang dengan alat pengesan. Komputer akan menerima maklumat berkenaan sudut tayar yang sekarang dan makanik akan cuba membetulkan sudut tayar tersebut berdsarkan parameter yang telah ditetapkan oleh pengeluar.

Antara punca-punca yang menyebabkan penjajaran tayar lari dari tetapan asal termasuklah disebabkan tayar mulai haus, tekanan dari spring, tekanan dari penyerap hentak, melalui jalan berlubang dan juga semakin lama kereta digunakan komponen getah dalam sistem suspensi akan haus menyebabkan tetapan penjajaran kereta berubah.

Jadi semasa pemeriksaan sudut tayar, mesin penjajaran akan memberikan kita 3 maklumat penting ini seperti:

1. Camber – Camber adalah sudut tayar jika kita tengok tayar dari arah depan kereta. Ia boleh bernilai negatif atau positif. Camber negatif terjadi apabila bahagian bawah tayar terkangkang sedikit berbanding dengan bahagian atas. Camber positif pula terjadi apabila bahagian atas terkangkang sedikit berbanding dengan bahagian tayar bawah

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tayar makan sebelah (dalam atau luar) dan juga bearing akan cepat rosak

2. Toe – Toe adalah sudut tayar kalau kita lihat tayar dari bahagian atas. Sama seperti camber, Toe boleh jadi Toe-in (merujuk pada sudut tayar masuk ke dalam cesi) dan Toe-out (sudut tayar ke arah keluar cesi). Masalah ini perlu dibetulkan sebelum tayar akan haus secara tidak sekata.

3. Caster – Caster merujuk kepada sudut komponen stering dengan sudut tayar. Caster negatif bermakna kedudukan sudut komponen stering berada di depan paksi tayar. Caster positif pula bermaksud sudut komponen stering berada di belakang paksi tayar.

Semua sudut camber, toe dan caster ini sudahpun ditetapkan oleh pengeluar dan mekanik hanya perlu membetulkan semula sudut-sudut ini mengikut parameter yang ditetapkan oleh pengeluar.

Imbangan tayar – biasa kalau buat penjajaran setiap 10,000km, adalah lebih baik kita melakukan proses imbangan tayar dan mengubah kedudukan tayar (tayar depan ke belakang atau silang belakang) mengikut saranan pengeluar agar tayar haus dengan sekata.

Google ads
Back to top button