Buletin

PEMANDU TAK SABAR, CHEVROLET TAHOE RANAP DIREMPUH KERETA API

Sikap tidak sabar memandu melintasi garisan kereta api semasa pintu keselamatan diturunkan merupakan tindakan sangat bodoh.

Bahkan, tindakan tersebut masih berleluasa. Ia terbukti dalam satu rakaman video di Centralia di Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Melalui rakaman menunjukkan pemandu Chevrolet Tahoe tanpa teragak-agak memandu kenderaan melintasi garisan ketika amaran keselamatan sehingga dilanggar kereta api.

YouTuber yang merakam dan memuat naik video berada di landasan ketika kejadian berlaku.

Dia sedang merakam dua kereta api Kebangsaan Kanada yang melalui kawasan berkenaan.

Sebuah kereta api yang melintas persimpangan tersebut menuju ke arah Selatan tetapi pintu keselamatan diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api lain menuju ke Utara.

Bagaimanapun, pemandu Tahoe tidak menyedari kehadiran kereta api terbabit.

Menurut YouTuber itu, pemandu yang tidak sabar telah menguatkan pembesar suara di dalam kenderaan dan melalui lintasan sebelum dirempuh kereta api.

 Akibat rempuhan, bahagian belakang Tahoe mengalami kerosakan teruk tetapi pemandu tersebut bertuah kerana masih selamat. – carscoops.

Google ads
Back to top button