
MATINYA EV PERINTIS COMEL MITSUBISHI i-MiEV
Mitsubishi merupakan antara pengeluar kenderaan pertama menawarkan kenderaan elektrik mampu milik dalam pasaran dengan pengenalan i-MiEV pada tahun 2009.
Menurut laporan majalah perniagaan Nikkei, pengeluar Jepun itu telah menghentikan pemasangan kereta elektrik pertama yang dihasilkan secara besar-besaran.
I-MiEV terjual di lebih 50 buah negara termasuk pasaran Amerika Syarikat. Begitupun, ia hanya dijual sekitar 32,000 unit sahaja berbanding setengah juta bagi kenderaan Nisaan Leaf.

Kenderaan elektrik ini dipertontonkan selepas Tesla Roadster tetapi hanya mula dijual di AS sekitar tahun 2011.
I-MiEV dijual pada harga di bawah AS$30,000 (RM 124,785) dengan khidmat motor 63 hp dan tork 180Nm.
Jarak rasmi Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (EPA) adalah pada 99.7 km, tempahan jualan berhenti pada tahun 2017 bagi model ini.

Biarpun, model perintis EV kecil ini tidak mencatat kejayaan, Mitsubishi sedang fokus dalam pembangunan EV.
Pengganti MiEV dikatakan bakal menemui pasaran pada tahun 2023, dengan meminjam teknologi daripada syarikat induk, Nissan. – autoevolution.
- BACA: MITSUBISHI PINDAH GUDANG ALAT GANTI KE SHAH ALAM. LEBIH EFISYEN DAN PANTAS
- BACA: MITSUBISHI XPANDER AKAN CKD DI KILANG PEKAN. BOLEH TEMPAH TAK LAMA LAGI
- BACA: BEKAS PENGERUSI MITSUBISHI MOTORS MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEGAGALAN JANTUNG
- BACA: MITSUBISHI HENTIKAN EKSPORT SUV KE EROPAH. TIADA LAGI OUTLANDER, ASX DAN ECLIPSE CROSS