
TOLAK BMW KE DALAM SUNGAI KERANA HENDAKKAN JAGUAR – AKHIRNYA MENYESAL
Seorang lelaki dari Haryana, India dilapor membuang sebuah BMW baharu yang merupakan hadiah hari jadi dari ibu bapanya ke dalam sungai.
Dia bertindak sedemikian kerana tidak sukakan BMW dan mahukan sebuah Jaguar. India Today melaporkan lelaki berusia 22 tahun yang namanya tidak didedahkan kini sedang disiasat polis.

Polis tidak menolak kemungkinan dia akan didakwa, menerima hukuman penjara atau denda.
Insiden bermula apabila dia menolak BMW tersebut ke dalam sungai, sambil merekodkan perbuatannya itu sebelum dikongsi ke media sosial. Namun, kereta itu tersangkut pada satu bahagian tanah tinggi berumput.
Baru tersedar bahawa tindakan itu memang bodoh, dia cuba menyelamatkan BMW dengan bantuan beberapa orang penyelam. Namun, seperti dijangka kereta itu akhirnya tenggelam sepenuhnya.
Lelaki itu juga pasti menyesal kerana walaupun BMW itu mungkin tidak secantik Jaguar yag dimahukan, tetapi ia pasti lebih baik daripada tidak mempunyai kereta langsung.
Kalau begini caranya, jangan harap akan dapat hadiah lagi selepas ini.
- BACA: SET PENUH PANEL BADAN IIMBERGER UNTUK BMW S1000RR -70% LEBIH RINGAN, HARGA RM44,514
- BACA: BMW SAH AKAN HASILKAN M3 MANUAL 2020 – SEBAB GEAR MANUAL ADA KAREKTER
- BACA: BMW M3 E46 DIJUAL PADA HARGA RM370,400 – MODEL KLASIK JERMAN DAH MULA NAIK HARGA?
- BACA: BAGAIMANA BMW 3 SERIES BOLEH MENJADI ‘LEJEN’ DI ATAS JALAN RAYA