Buletin

TOYOTA HARRIER GEN-4. 2 PILIHAN ENJIN DYNAMIC FORCE, PLATFORM TNGA (GA-K)

Toyota Motor Corp. hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan SUV Harrier generasi keempat pada Jun 2020. 

Sejak melakukan debut pada tahun 1997, Harrier terus diminati sebagai sebuah SUV urban yang mewah.

Jentera serba baharu itu dibangunkan di atas platform TNGA (GA-K) yang lebih mantap serta titik graviti rendah demi menawarkan kualiti pemanduan yang selesa dan dinamik.   

Ia kemudian dipasang dengan sistem suspensi topang MacPherson di hadapan dan jenis double wishbone di belakang. Geometri suspensi hadapan dan belakang juga telah dioptimumkan untuk memberi kadar ketegaran yang seimbang. 

Kualiti pengendalian dimantapkan lagi dengan sistem Active Cornering Assist (ACA) untuk mengelak masalah understeer ketika mengambil selekoh. 

Harrier dikuasakan oleh dua pilihan enjin baharu Dynamic Force. Pertama ialah enjin  empat selinder bersesaran 2,487cc yang mampu menjana kuasa 178PS dan tork 221Nm.

Enjin itu dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 120PS dan toe 202Nm. Kuasa tersebut disalurkan ke sistem pacuan semua roda (AWD) menerusi kotak gear CVT elektrik. 

Enjin kedua ialah Dynamic Force asprirasi biasa bersesaran 1,986cc berkuasa 171PS dan tork 207Nm. Ia dipadankan dengan transmisi Direct-Shift CVT 10 kelajuan. 

Tidak berkompromi dari segi keselamatan, Harrier dilengkapi sistem Toyota Active Sense yang terdiri daripada sistem keselamatan aktif. Selain sietem pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Tidak ketinggalan, ciri Intelligent Clearance Sonar dan Parking Support Brake (Stationary Object) yang berfungsi mengurangkan impak pelanggaran ketika memarkir kenderaan. 

Buat pertama kalinya, Toyota memasang ciri Digital Inner Mirror pada Harrier yang dapat merakam pemanduan di hadapan dan belakang.   

Ruang kabin Harrier mengambil inspirasi daripada model RAV4. Ia dapat dilihat dengan jelas pada rekaan konsol tengah, tuil gear dan stereng.

Bahagian tengah papan pemuka dipasang dengan skrin sistem infohibur bersaiz 12.3 inci bersama ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Pemandu juga pasti berpuas hati dengan sistem bunyi JBL bersama sembilan unit pembesar suara. 

Untuk pasaran Jepun, Harrier akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu G, X dan Z. Harga bagaimanapun belum diumumkan. 

GALERI

Google ads
Back to top button