Artikel Pilihan

SPOILER AKTIF PALING PELIK DI DUNIA – ZENVO TSR (BOLEH TAHAN BURUKNYA)

Cuba bayangkan sayap kereta yang berfungsi sebagaimana aerofoil sebuah sayap pesawat, sudah tentu, faktor aerodinamik menjadi sangat bagus. Namun, menjadikannya sayap belakang “aktif” merupakan cabaran fizik yang sangat susah kerana ada banyak faktor yang perlu diambilkira sebelum ia dipasangkan pada sebuah kereta.

Namun sudah ada yang melakukannya.

Pagani sudah mencipta set spoiler aktif pada model Huayra. Ia dibuat hanya kerana Horacio Pagani tidak mahu ada objek asing di atas kereta rekaannya. Jadi. spoiler ini dibina sebahagian daripada rekabentuk kereta itu sendiri seperti di bawah

Namun ada satu lagi syarikat kereta yang ingin membuat sayap lebih drastik. Pembuat kereta sport dari Denmark, Zenvo telah menguji set spoiler aktif pada model Zenvo TSR-S, sebuah model khusus untuk litar perlumbaan sahaja.

Digelar Wing Centripetal, Ia direka dengan bahan gentian karbon yang akan bergerak roda stereng dihidupkan. Sebagai contoh, apabila kereta ini mengambil selekoh kanan, sayap secara agresif akan meluncur ke sebelah kiri.

Zenvo mendakwa sayap belakang menghasilkan daya tekanan apabila beroperasi untuk meningkatkan cengkaman pada tayar.

Tapi Abang Japar rasa inilah spoiler paling hodoh di dunia. Kalau lalu depan pitsop kat Sepang, tanpa ragu-ragu lagi Abang Japar akan melakukan karate supaya terbelah tiga.

Menggerakkan jentera ini ialah enjin V8 5.8 liter, dua supercharger 1,177hp dan tork 811 lb-ft. Kuasa dihantar melalui roda melalui transmisi automatik tujuh kelajuan.

Nah, tengok bagaimana spoiler tersebut berfungsi.

Google ads
Back to top button