Artikel Pilihan

10 CIRI-CIRI AERODINAMIK PADA KERETA, SELALU DITIRU OLEH RICER BOY

Terdapat 3 sebab utama rekaan luar pada badan kereta lumba yang diubah bagi meningkatkan kesan aerodinamik dan prestasi. Pertama untuk tujuan sejukan komponen mekanika, meningkatkan downforce dan meminimakan sereta udara (drag). Kami senaraikan 10 ciri-ciri tambahan aerodinamik pada kereta lumba yang anda boleh jumpa.

1. Splitter – ciri tambahan komponen badan kereta yang dipasang pada bampar depan dan rapat dengan permukaan jalan, bertujuan untuk memastikan tekanan udara yang tinggi pada permukaan atas kereta. Ia juga bertujuan mengelakkan udara bertekanan tinggi melalui bahagian bawah kereta serta membantu mewujudkan downforce.

2. Dive Planes -biasa diposisikan di bahagian kanan dan kiri bampar di atas splitter dengan permukaan melengkung untuk mengarahkan pergerakan udara ke atas bagi mewujudkan downforce. Komponen ni juga digunakan untuk merubah pergerakan udara di bahagian sisi bagi mengurangkan tekanan udara daripada memasuki bahagian bawah kereta yang akan mewujudkan lift

3. Hood Vents – dihasilkan bagi membenarkan laluan udara panas daripada radiator, menggalakkan pergerakan udara dalam ruang enjin dan menyejukkan enjin

4. NACA Ducts -sungkup udara yang direka dengan impact minima pada aliran udara tapi pada masa yang sama membenarkan udara mengalir melaluinya serta digunakan pada semua aplikasi yang memerlukan ambilan udara seperti radiator ataupun penyejukan untuk pemandu (kereta lumba tiada penyaman udara)

5. Side Vents – berada di belakang tayar depan atau belakang bagi membenar uadar melalui atau keluar daripada perumah tayar dan mengelakkan daripada turbulent udara daripada berlaku. Ia juga digunakan sebagai laluan keluar udara panas daripada ruang enjin

6. Side Skirt – bekerja dengan konsep sama sepert splitter, namun dipasang di bahagian sisi kereta dengan serapat mungkin dengan permukaan jalan. Tujuan utama ialah menghalang udara laju bertekanan tinggi daripada memasuki ruang bawah kereta.

7. Underbelly – bahagian bawah kereta dengan permukaan yang licin dan rata bagi meminimakan sereta udara, menggalakkan udara bergerak lancar di bawah kereta. Bila digabungkan dengan diffuser, ia akan menghasilkan downforce yang bagus

8. Diffuser – bahagian belakang yang merupakan sebahagian daripada underbody kereta lumba yang membenarkan udara bertekanan rendah bergerak laju keluar dan menjadi semakin perlahan dan menjadi semakin kembang di bahagian belakang kereta lumba. Keadaan ini membantu menghasilkan downforce.

9. Spoiler -dihasilkan bagi menghalamg lift berlaku dengan meletakkan satu halangan pada bahagian kereta yang berisiko tinggi untuk berlaku lift. Keadaan ini menyebabkan aliran udara berubah dengan mendatar atau bergerak ke atas.

10. Rear Wing – digunakan dan direka untuk mengarahkan udara ke atas, menghasilkan downforce bagi menekan kereta lumba ke permukaan litar

Anda boleh menonton video berkenaan semua ciri aerodinamik ini di video bawah.

Google ads
Back to top button