Buletin

KISAH PRINSIP BERNOULLI, AUTOMOTIF DAN GT WING

Prinsip Bernoulli merupakan satu teori berdasarkan nama seorang penulis Daniel Bernoulli yang menerbutkan sebuah buku bertajuk Hydrodinamica pada tahun 1738.

Pada asasnya prinsip menerangkan, sekiranya satu bendalir (udara/air) melalui dua permukaan dan berbeza halaju, bendalir yang mempunyai halaju yang tinggi akan mempunyai tekanan yang rendah.

Manakala halaju rendah akan menghasilkan tekanan yang tinggi. Perbezaan tekanan ini akan menghasilkan daya angkatan yang cukup untuk mengangkat satu objek.

Sebelum anda pening lalat, saya letak satu contoh sayap kapal terbang. Dalam gambarajah di bawah, molekul udara bergerak mengelilingi sayap kapal terbang melalui 2 permukaan, atas dan bawah.

Disebabkan rekabentuk sayap kapalterbang, udara di bahagian atas permukaan sayap bergerak dengan lebih laju berbanding dengan di bahagian bawah permukaan. Disebabkan udara di atas lebih laju berbanding di bawah sayap kapal terbang, wujud perbezaan tekanan antara permukaan tersebut

Dalam rumus tekanan
P=F/a
P= pressure atau tekanan
F=force atau daya
a= luas permukaan

Bagi memperoleh daya angkatan F, perbezaan tadi akan didarab dengan luas permukaan sayap. Maka wujudlah daya angkatan bagi kapal terbang

Dalam automotif, kesan ini akan wujud pada kereta semasa bergerak pada halaju yang tinggi. Mesti anda semua perasan, apabila semakin laju kereta dipandu, bahagian belakang kereta dan stereng kereta menjadi semakin ringan, seolah-olah tidak stabil dan melayang. 

Ya. kemungkinan anda mengalami kesan prinsip bernouli

Halaju udara yang pada bahagian bumbung adalah tinggi berbanding halaju di bahagian bawah yang dekat dengan permukaan jalan.

Disebabkan perbezaan halaju udara tadi, wujud perbezaan tekanan seterusnya mewujudkan daya angkatan di bahagian bawah kereta.

Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan kereta berprestasi tinggi, sport atau kereta lumba dilengkapi dengan GT wing ataupun spoiler. GT wing ini membantu menambah rintangan udara, memperlahankan udara, dan menterbalikkan kesan bernoulli tadi.

Apa yang berlaku udara di bahagian bawah kereta bergerak lebih laju berbanding dengan atas, akan wujud downforce dari atas ke bawah, dan kereta mendapat cengkaman permukaan yang lebih baik.

Dalam kereta F1, wujud bahagian front wing bagi memberi cengkaman pada tayar hadapan.

Namun pada masa ini, tidak semua kereta berprestasi tinggi mempunyai GT Wing, kerana pakar rekabentuk berpendapat GT wing akan merosakkan elemen rekabentuk asal selain menjadi tempat menyidai kasut.

Antara contoh kereta yang cantik “spoilerless” tersebut ialah Honda NSX, McLaren 720S dan Lexus LC500

Apa yang designer dan jurutera buat ialah, dengan memastikan udara di bahagian bawah kereta lebih laju berbanding di bahagian atas.

GT wing atau spoiler hanya akan keluar apabila diperlukan sahaja. Itu pun lebih kecil berbanding dengan Civic Type R asli ataupun Civic ketam acah-acah Type R dengan bodykit dan spoiler tinggi dan tayar tersorok ke dalam arch macam Livina X-Gear.

Dan sudah semestinya anda tidak memerlukan GT Wing yang besar untuk dipasang pada kereta dan dipandu secara normal di atas jalanraya melainkan anda:

  • Kurang kasih sayang dan perlukan perhatian yang lebih.
  • Perlukan tempat untuk menjemur kai
  • Suka mengusik pegawai JPJ

Klik video di bawah untuk video kemalangan Le Mans 24H yang tiba tiba terbang semasa berlumba.

Apa yang terjadi ialah lift force pada kereta mengangkat kereta Mark Webber sehingga kereta tersebut terbang.

Google ads
Back to top button