Artikel Pilihan

BAGAIMANA CARA DUCATI DIADILI?

Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Aprilia Racing Team Gresini, Red Bull KTM Factory Racing, Repsol Honda Team dan Team Suzuki Ecstar telah mengajukan bantahan kepada penganjur tentang jentera Ducati GP19 ketika berakhirnya pusingan MotoGP di litar Losail, Qatar minggu lalu.

Pasukan ini menganggap Ducati telah menggunakan secara salah, peralatan aerodinamik yang dipasangkan pada lengan ayun (Swing arm) belakang jentera mereka, yang didakwa sebahagian daripada “spoiler” yang membantu motosikal Ducati dari sudut aerodinamik.

Secara teknikalnya, ia memang salah – jika mana-mana penambahan peralatan pada komposisi motosikal yang asal, namun sebaik sahaja menerima protes tersebut, ia ditolak mentah-mentah oleh jurutera perlumbaan MotoGP.

Penilai MotoGP, Steward Panel menyatakan penolakan tersebut terhadap keempat-empat pasukan yang membantah. Beliau memberitahu bahawa spoiler yang dipasang Ducati tersebut bertujuan untuk menyejukkan tayar belakang – secara teknikalnya masih tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang termaktub dalam penyediaan jentera MotoGP.

Bagaimanapun, keempat-empat pasukan ini tidak bersetuju kerana rekabentuk spoiler tersebut kelihatan sebahagian dari cara untuk mengurangkan impak gelombang udara yang terhasil.

Ia kelihatan seperti skup udara sebagaimana pada sayap hadapan yang berupaya mengalihkan udara yang terhasil menerusi bawah motosikal. Udara yang terbiasa dari roda hadapan ini lazimnya menuju terus ke roda belakang dan spoiler ini bertujuan “membias” ke sisi udara tersebut – ia berguna khususnya ketika pecutan motosikal di laluan lurus.

Setelah ditolak, keempat-empat pasukan telah mengajukan rayuan kepada badan rayuan MotoGP Court of Appeal. Ia akan mengambil masa beberapa minggu bagi sidang FIM untuk mendapatkan keputusannya.

BAGAIMANA DUCATI AKAN DIADILI?

FIM akan menghantar tiga orang hakim dari keseluruhan 12 orang ahlinya. Mereka ialah Pengarah KOmisi Anand Sashidharan (India),  Lars Nilsson dan Sakari Vuorensola.

kredit Foto: Simon Patterson

Menurut laporan media luar negara, ketiga-tiga mereka tidak terlibat langsung dengan MotoGP, tetapi lebih kepada kepakaran dalam bidang aerodinamik. Mereka akan bersidang berdasarkan ketetapan Peraturan MotoGP dan juga bukti yang dikumpul.

Sidang ini juga akan dihadiri oleh wakil lima pengeluar iaitu Massimo Rivola dari Aprilia, Davide Brivio dari Suzuki, Mike Lietner dari KTM, Albeto Puig dari Honda dan Gigi Dall’Igna dari Ducati.

Dikatakan juga keputusan hanya akan diperolehi menjelang pusingan MotoGP di Argentina nanti.

Ducati juga perlu menunjukkan data yang menyokong hujah mereka seperti suhu permukaan tayar yang tersimpan dalam data logger mereka.

Namun bukan itu sahaja yang menjadi pertikaian, ramai juga menjangkakan ujian terowong udara (wind tunnel) dan simulasi Computational Fluid Dynamic bakal menentukan kedudukan Ducati samada bersalah atau tidak.


Google ads
Back to top button