Buletin

ACER MALAYSIA BUKA PRA-TEMPAHAN ASPIRE VERO NATIONAL GEOGRAPHIC SPECIAL EDITION

Acer Malaysia melancarkan Aspire Vero National Geographic Edition dan mengumumkan pra-tempahan untuk unit terhad di pasaran tempatan.

Produk terbaharu itu merupakan kolaborasi bersama National Geographic.

Setiap pembelian laptop edisi terhad tersebut dapat membantu menyokong National Geographic dalam usaha melindungi bumi melalui ekploeasi, penyelidikan dan pendidikan.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh melayari laman www.natgeo.com/info.

Aspire Vero National Geographic Edition hadir dengan beberapa garis diagonal membentang di sekitar separuh atas produk terbabit.

Ia mendapat sentuhan peta topografi, garis-garis membahagi permukaan darat dan laut sekali gus memberi gambaran impak peningkatan pemanasan global pada aras laut.

Bahagian dalaman laptop pula, terdapat sempadan kuning yang menjadi simbol ikonik National Geographic kemas pada bahagian kanan papan kekunci manakala space bar tertulis mesej “For Planet Earth”.

Selain itu, kotak pembungkusan edisi terhad berkenaan juga direka sebagai kotak pelbagai guna malah boleh dijadikan sebagai dekorasi.

Rekaan pembungkusan inovatif Acer mampu melindungi peranti dengan 85 peratus kertas kitar semula dan 100 peratus plastik industri kitar semula untuk pembangunan laptop.

Acer Aspire National Geographic Edition menggunakan sebanyak 30 peratus plastik PCR pada bahagian chasis serta kerangka skrin sekali gus menyelamatkan 21 peratus emisi karbon ketika proses produksi.

Laptop edisi terhad itu dijana pemproses Intel Core i7 dipadankan 16GB DDR4 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD.

Ia hadir dengan paparan FHD IPS 15.6-inci, beberapa port termasuk USB Type-C dan dua port USB 3.2 Gen1 Type-A, port RJ-45 Ethernet dan Wi-Fi 6.

Dalam memperluas semangat Aspire Aero yang dibangunkan atas platform Eartion, Acer Malaysia turut mengumumkan program trade-in dalam menyediakan saluran kepada pelanggan mengitar semula kerja dan peranti tidak berfungsi.

Acer menawarkan baucer rebat tunai sehingga RM500 kepada para pelanggan yang ingin membantu menyelamatkan bumi dengan menyelesaikan kitaran hidup peranti elektronik mereka dengan kaedah terbaik.

Selain itu, Acer juga akan menyalurkan RM100 daripada pembelian Aspire Vero National Geographic Edition untuk membiayai dana program angkat pokok di dalam negara.

Pengarah Perniagaan Pelanggan, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Acer telah mempertingkatkan usaha untuk mengurangkan jejak alam sekitar.

“Dibangunkan berdasarkan platform Earthion Acer, barisan Vero mewakili usaha terbaharu kami. Pasukan penyelidikan dan pembangunan Acer memberi perhatian terperinci pada pembangunan laptop berkenaan.

“Ia merangkumi pemilihan bahan dan rekaan pembungkusan untuk mengoptimumkan jangka hayat rekaan serta layout dalaman. Kami percaya setiap perkara kecil penting dalam kemampanan,” katanya.

Pra-tempahan Acer Aspire Vero National Geographic Edition bermula 1 Mei depan dan ditawarkan pada harga RM4,299 seunit. Ia didatangkan bersama Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021.

Acer Malaysia turut mengumumkan harga baharu bagi model Acer Aspire Vero bermula bulan hadapan dengan Intel Core i7 ditawarkan pada harga RM3,699 manakala Intel Core i5 mendapat tag harga RM2,999.

Sempena pengenalan Acer Aspire Vero National Geographic Edition, Acer Malaysia turut menyediakan program tukar beli untuk pelanggan melupuskan peranti lama mereka.

Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau menghubungi Produk Infoline Acer di 1800-88-1288 atau emel ama.marcom@acer.com

Google ads
Back to top button