Peranti

ACER REVO ONE EDISI HELLO KITTY

Jika anda peminat Hello Kitty dan mahukan sebuah ultra mini PC yang berkuasa, tawaran terbaharu daripada Acer ini memang khas untuk anda.

Acer-Revo-One-Hello-Kitty-mekanika (3)

Sebabnya, Acer Malaysia baru sahaja melancakan Acer Revo One edisi Hello Kitty yang cukup comel.

Hanya 600 unit ditawarkan di Malaysia, Acer Revo One edisi Hello Kitty ialah teman ideal anda untuk kegunaan hiburan digital dan perkongsian multimedia dengan audio dan video berkualiti tinggi.

Acer-Revo-One-Hello-Kitty-mekanika (1)

Rekaannya yang kecil – 106.5 (W) x 106.5 (D) x 155 (H)mm itu dipadatkan dengan sistem bunyi keliling 7.1 penuh kuasa, resolusi HD dan ruang storan yang besar.

Direka sebagai hub hiburan di rumah, pengalaman sinematik yang hidup daripada Acer Revo One edisi Hello Kitty itu disokong oleh dua ciri paparan (HDMI dan Mini DisplayPort).

Acer-Revo-One-Hello-Kitty-mekanika (8)

Anda boleh memilih di antara model yang menggunakan pemproses Intel® CoreTM i3 atau Intel® Celeron® dengan storan 1TB atau 500GB. Kapasiti tersebut boleh dinaik taraf dengan mudah menerusi 4GB DDR3 RAM.

Acer Revo One edisi Hello Kitty juga menawarkan peningkatan kapasiti tambahan dengan SATA HDD melalui ciri Hot Swapping yang mudah. Sekali gus menjadikan peranti yang menarik dan eksklusif ini benar-benar mempunyai kapasiti besar untuk kegunaan multimedia.

Acer-Revo-One-Hello-Kitty-mekanika (5)

Edisi Hello Kitty ini menawarkan fungsi sama dengan Acer Revo One. Antaranya ialah aplikasi Acer Revo One Suite yang boleh menukar mana-mana telefon pintar Android atau peranti menjadi alat kawalan jauh untuk komputer peribadi (PC) rumah yang ringan ini.

PC ini dilengkapi pelbagai ciri ketersambungan dan port penyambungan standard seperti rangkaian tanpa wayar 802.11 ac/a/b/g/n untuk model Intel® CoreTM i3,  Gigabit Ethernet, Bluetooth® 4.0, card reader, port LAN, audio jack, dua port USB 2.0 dan dua port USB 3.0.

Acer-Revo-One-Hello-Kitty-mekanika (10)

Jadi, urusan berkongsi data, penstriman muzik atau filem kini lebih pantas dan mudah dengan Acer Revo One edisi Hello Kitty!

Untuk makluman, Acer Revo One telah menerima banyak rebiu positif. Antara pengiktirafan yang diterima termasuklah Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2015, Good Design Award 2015, Best Choice 2015 (anugerah Emas dan Best Product of the Year), Computex 2015, Taiwan Excellence 2016 dan banyak lagi.

Acer-Revo-One-Hello-Kitty-mekanika (11)

Acer Revo One edisi Hello Kitty dipakejkan bersama papan kekunci dan tetikus yang sedondon. Ia boleh didapati di beberapa cawangan jualan Acer terpilih pada harga RM1,499 (Intel Celeron) dan RM2,099 (Intel Core i3) termasuk 6% GST.

Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di  talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

Google ads
Back to top button