Buletin

TAYAR CONTI HT3 TERIMA ANUGERAH RED DOT: BEST OF THE BEST!

Selepas memenangi Augerah Reka Bentuk iF, tayar trailer Conti Hybrid HT3 sekali lagi menerima pengiktirafan daripada anugerah Red Dot: Best of the Best untuk kategori tayar berprofil rendah dengan saiz 445/45 R 19.5 dan 435/50 R 19.5.

Conti-Hybrid-HT3-Red-Dot-awards-mekanika (1)

Anugerah itu diberikan atas kualiti reka bentuk dan binaan yang mengagumkan. Tayar premium yang digunakan oleh kenderaan pengangkutan besar ini menjadi tayar trailer yang paling banyak menerima anugerah.

“Tayar Conti Hybrid HT3 dinilai oleh 41 orang juri pakar bebas dari seluruh dunia dari segi inovasi, kualiti teknikal dan kesannya terhadap alam sekitar. Anugerah Red Dot: Best of the Best merupakan pengiktirafan peringkat tertinggi untuk reka bentuk tayar bagi kegunaan trailer.

“Kami sangat berbangga untuk menerima anugerah ini,” kata Naib Presiden Bahagian Tayar Trak EMEA, Constantin Batsch.

Tayar Conti Hybrid HT3 menawarkan penjimatan bahan api optimum dan tahan lebih lama apabila digunakan oleh trailer untuk jarak perjalanan yang jauh.

Google ads
Back to top button