Artikel Pilihan

JINBEI DIAZI ACAH-ACAH KEMBAR ACURA MDX

Pasaran kenderaan China sememangnya cukup luas dan menarik. Pelbagai opsyen yang boleh dipilih oleh bakal pembeli di Tanah Besar China. Nak kompak, SUV, waima MPV sekalipun, namakan sahaja.

Risau kerana kenderaan yang diidamkan tidak berada di pasaran tempatan? Apa ada hal, kasi copy and paste sahaja. Tukar apa-apa yang patut, maka jadilah Jinbei Diazi, acah-acah Acura MDX.

BACACHINAMAHA R350 – KLON YAMAHA R25!

BACAKENAPA BELI BEZZA SEDANGKAN BOLEH BELI KLON MERCEDES KANGKUNG INI PADA HARGA RM14K?

Apa yang menariknya, projek menduplikasikan jenama yang cukup premium kepada jenama lokal sudah tentu banyak perbezaan yang ketara. Tetapi, jika dilihat secara mata kasar, orait juga sebenarnya rupa bentuk. Daripada muka depan membawa ke bahagian belakang. Sampoerna! (Eh eh, apa pasal tiba-tiba teringat Sampoerna Hijau nih??) Maklumlah, kadangkala bangsa China ni gemar mengkacukkan tak tentu hala. Depan muka Alpard, belakang kacuk dengan Liteace. Memang jenis nak kena mengucap panjang.

Jikalau yang ori punya menggunakan enjin 3.5 V6 dengan kotak gear auto enam kelajuan, yang tipu punya pula hanya menggunakan enjin bersesaran 1.5 turbo, tetapi dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Perbezaan yang paling ketara sudah tentulah harga. Acura MDX yang disasarkan untuk pasaran luar Jepun, dianggarkan berharga sekitar 795,000 Yuan (RM496,500). Manakala Jinbei Diazi ini pula cuma berharga 88,800 Yuan (RM55,500) sahaja. Memang ketara sungguh bezanya. Boleh beli sampai sepuluh biji.

Jinbei Diazi atau turut dikenali sebagai Jinbei Tjatse (katanya untuk penggunaan nama Tjatse ini lebih ke arah Bahasa Inggeris, celah mana yang English nya pun tidaklah pula dapat dipastikan) telah mula diwar-warkan pada 2016 sewaktu Chengdu Auto Show. Jenama Jinbei bernaung di bawah pengurusan Billiance Automotive yang mengkhusus dalam pengeluaran minivan dan kenderaan komersial bersaiz kecil. Diazi ataupun Tjatse merupakan seleksi kenderaan mereka yang paling mewah dan bersaiz besar.

Nah, sekarang ini nak kira macam mana? Kita pakat dok kutuk kata kereta buatan China ni benda lokal. Jenis guna dua tiga tahun lepas tu campak buat tukun. Tapi itulah, berapa banyak tohmahan yang dilemparkan pun, yang untungnya tetap rakyat mereka. Submit loan, lusa dah boleh keluar Jinbei Diazi ni. Cukup dua tiga tahun tolak used car, beli kereta lain pula. Bahagia hidup. Kereta klon?? Ada geran der!

Sumber : Car News China

Google ads

B K

Back to top button