Artikel Pilihan

ADAKAH PENGGUNAAN EV BOLEH MENGURANGKAN PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA?

Ya betul, penggunaan EV sebagai pengangkutan tidak akan melepaskan sebarang gas garbon dioksida kepada persekitaran. Malah berbeza dengan kereta yang menggunakan enjin, EV tidak memiliki sebarang paip ekzos yang terjulur keluar dari bahagian belakang. Jadi ini membuktikan EV adalah sangat bersih.

Ok, cuba kita berfikir secara realistik dan mendalam. Untuk mewujudkan sebuah kereta elektrik, ia perlu dihasilkan di kilang. Untuk memastikan kereta elektrik berfungsi, ia perlu dicaj pada punca kuasa elektrik. Berapa banyak gas karbon dioksida terhasil semasa sebuah EV dihasilkan?

Berapa banyak gas karbon dioksida yang akan terbebas apabila pusat janakuasa elektrik yang menggunakan arang batu menghasilkan elektrik? Ini kerana tak semua sistem janakuasa elektrik menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk menjana tenaga elektrik

This image has an empty alt attribute; its file name is image.png

Sebagai contoh hidroelektrik adalah sumber janakuasa yang menggunakan sumber yang boleh diperbaharui. Begitu juga dengan kaedah solar dan kincir angin yang digunakan oleh kebanyakan negara barat bagi menghasilkan kuasa elektrik.

Satu fakta yang hampir sukar ditelan ialah, negara Malaysia hanya menggunakan sekitar 12% sahaja sumber tenaga elektrik yang boleh diperbaharui iaitu 11% daripada hidroelektrik dan 1 peratus lagi daripada solar. Malaysia menggunakan 46% sumber tenaga elektrik yang dihasilkan daripada pembakaran gas asli dan 41% daripada arang batu

Jadi berbalik kepada persoalan pada perenggan 3 di atas, adakah penggunaan kereta elektrik boleh mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida. Dalam mencari jawapan ini, penulis telah terjumpa satu video yang sangat informatif dihasilkan oleh Donut Media.

Antara intipati kandungan video ini adalah seperti berikut:

1. Semasa penghasilan kereta elektrik, proses pembuatan ini menghasilkan lebih banyak gas karbon dioksida berbanding dengan proses pembuatan kereta yang menggunakan enjin. Ini kerana proses melombong rare metal earth seperti lithium adalah sukar.

2. Secara anggaran, sebuah kereta elektrik yang bersaiz besar seperti Tesla menghasilkan 8-10 tan metrik gas karbon dioksida semasa proses pembuatan. Jumlah pembebasan gas karbon dioksida bergantung pada saiz bateri

3. Sebuah EV yang kecil mungkin akan membebaskan 2 tan metrik gas karbon dioksida, namun EV yang memiliki bateri lithium ion besar boleh menghasilkan 17 tan metrik gas karbon dioksida

4. Sebagai perbandingan sebuah sedan besar berkuasa petrol akan membebaskan 7 tan metrik gas karbon dioksida dari proses pelombongan bijih besi sehinggalah kereta bergerak keluar dari kilang

5. Bagi mendapatkan 1 tan lithium, 750 tan bijih tanah yang mengandungi lithium perlu dilombong dan diproses

6. Dalam setahun, secara purata sebuah kereta sedan besar akan membebaskan 5.2 tan gas karbon dioksida apabila digunakan dan dipandu sejauh 19,000km. Sepanjang 9 tahun digunakan, ia akan membebaskan 57 tan gas karbon dioksida bermula dari proses penghasilan dan penggunaan.

7. Dalam tempoh dan jarak perjalanan yang sama sebuah EV akan membebaskan secara purata 28 tan metrik gas karbon dioksida. Angka ini sebenarnya separuh daripada angka kereta dengan enjin pembakaran dalam.

8. Dalam setahun, walaupun menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sumber yang tidak bersih seperti arang baru, ia hanya membebaskan sekitar 2 tan metrik gas karbon dioksida setahun. Anda boleh bandingkan data pencemaran gas CO2 di laman web INI

Boleh dikatakan penggunaan EV secara meluas boleh mengurangkan pembebasan gas CO2 dari proses penghasilan dan juga semasa dipandu walaupun ia dicaj dengan menggunakan sumber tenaga yang kurang bersih.

Google ads
Back to top button