Buletin

HONDA KINI TIBA DI MALAYSIA. VARIAN ADVANCE, 220KM SEKALI CAJ, RM210K!

Kali pertama saya melihat jentera ini secara dekat adalah pada acara Tokyo Motor Show 2019. Ketika itu, memang tidak puas kerana setiap media hanya diberikan masa yang terhad untuk merakam video dan foto sebelum ‘dihalau’ oleh petugas di sana.

Honda e tidak mengambil masa yang lama untuk membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta kepadanya. Rekaan luaran retro moden, dipadankan bersama teknologi elektrik dan ruang kabin yang begitu futuristik digabungkan dengan begitu baik.

Honda Malaysia pada masa itu juga mengsahkan bahawa Honda e tidak akan dibawa masuk ke negara ini. Memang logik juga kerana selain daripada harga yang bakal ditawarkan tidak akan murah, infrastruktur EV yang masih terlalu kurang menjasi alasan utama kenapa Honda e tidak akan menjejakkan kakinya di sini.

Namun, impian untuk memiliki Honda e kini boleh ditunaikan. Terima kasih kepada pengimport kereta recond, Westar Motors yang membawa masuk kereta elektrik pertama Honda itu ke Malaysia.

Honda e yang merupakan unit dari United Kingdom itu ditawarkan pada harga RM210,000. Ya, memang tidak murah. Memetik laporan Paultan.org, ini merupakan unit kedua yang dijual oleh  Westar Motors.

Honda menwarkan EV berkenaan dalam dua varian iaitu Standard dan Advance. Model yang anda tengok ini ialah varian Advance. Jadi, ia dilengkapi  bateri lithium-ion berkapasiti 35.5kWh berkuasa 154PS dan tork 315Nm.

Sekali caj penuh membolehkannya bergerak sejauh 220km, masih ideal untuk pemanduan di bandar dalam jarak sederhana. Walaupun rendah untuk standard EV hari ini, bateri Honda e mampu dicas sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja menggunakan pengecasan pantas.

Honda tidak melupakan keseronokan pemanduan ketika membangunkan Honda e. Sebab itulah motor elektrik memacu roda belakang dan berupaya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa lapan saat sahaja.

 Ruang kabin jentera itu dilengkapi lima skrin yang melintangi papan pemuka dengan pelbagai fungsi. Mendominasi papan pemuka ialah skrin sentuh berkembar berukuran 12.3 inci.

Skrin besar tersebut adalah paparan utama untuk sistem infohibur dengan pelbagai aplikasi dan khidmat yang menghubungkan kereta dan pemilik. Ia ibarat ruang tamu bergerak dengan sistem multimedia.

Sistem tersebut menyediakan ketersambunan Honda Connect bersama navigasi Garmin, selain Apple CarPlay dan Android Auto.  

Selain itu, ciri-ciri standard yang ada pada EV berkenaan ialah rim bersaiz 17 inci, sistem kamera untuk cermin sisi, lampu amben, skyroof, lampu utama dan DRL LED. Tidak ketinggalan ialah barisan sistem keselamatan seperti kalawan jelajah adaptif, High Beam Support, Collision Mitigation System, Intelligent Speed Limiter, Lane Keeping Assist dan Road Departure Mitigation. 

Kalau berminat, satu lagi unit Honda e bakal tiba tidak lama lagi. Tempahlah sekarang. – kredit foto: FB Westar Motors

GALERI

Google ads
Back to top button